GELABAH rakyat Malaysia tengok video songsang dikatakan mirip kepada menteri kanan yang sebelum ini dilihat berkredibiliti dan dikatakan antara calon perdana menteri.

Sehingga kini tidak dapat diketahui perkara ini adalah perancangan daripada pihak mana.

Namun meskipun hari ini merupakan hari ke-2 tularnya video berkenaan tetapi menteri yang dikatakan mirip kepada Datuk Seri Azmin Ali terus mendiamkan diri.

Walaupun tiada kesahihan individu tersebut adalah Azmin tetapi dia tidak sepatutnya mendiamkan diri.

Kerana perkara ini sememangnya mencalarkan kredibiliti nya sebagai pemimpin negara.

Sebaiknya Azmin melakukan sidang media dan menafikan perkara ini sekiranya dia tidak terlibat kerana perkara ini sekiranya dibiarkan ianya akan memberi perspektif negatif dan menganggu perjalanan kariernya sebagai pemimpin politik.

Bukankah sudah menjadi amalan dalam PKR untuk melakukan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah.

Apa kata Azmin saman sahaja individu yang mengaitkan perkara ini dengan dirinya.

Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu bertindak dengan segera untuk membela timbalannya itu.

Jika tidak sudah tentu rakyat juga akan memberikan tanggapan negatif kepadanya.

Namun sehingga kini ada juga cakap-cakap yang menuduh presiden PKR itu antara dalang untuk perangkap Azmin.

Tidak pasti apa kaitan dengan Anwar namun sudah tentu dia juga antara pemimpin yang tercalit sama.

Memandangkan Ahli Parlimen Port Dickson itu juga turut sama berpengalaman terjerat dengan peristiwa hubungan songsang ini.

Isteri kepada Azmin, Datin Seri Shamsidar Taharin juga sehingga kini diam seribu bahasa.

Mungkin juga dia kini sedang memendam perasaan akibat malu daripada terus mendapat kritikan daripada rakyat mengenai rakaman video itu yang dikatakan mirip suaminya.

Namun yang pasti, di setiap insiden kontroversi yang berlaku si tertuduh perlu menjernihkan keadaan daripada terus mendapat fitnah yang berterusan.

Sekiranya terus menutup mulut, masyarakat akan terus menerus mencari kesahihan sebelum ianya akan melekat di pemikiran rakyat.

Apatah lagi perkara ini berlaku kepada individu yang berprofil tinggi seperti Azmin.

Jika perkara ini tidak benar, katakan tidak ! Namun jika sebaliknya..menjawabla sendiri Azmin.-NTHQiBord, 12 Jun 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.