DATUK Seri Azmin Ali hari ini menafikan sekerasnya bahawa dia terlibat dengan video seks luar tabii dan kes rasuah yang dikaitkan dengannya sejak semalam.

Pemimpin PKR itu mengatakan dia adalah mangsa kepada komplot pihak tertentu yang cuba menjatuhkan reputasinya sebagai seorang menteri.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat tuduhan jahat dan kejam.

“Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier politik saya,” katanya menerusi kenyataan medianya sebentar tadi.

Malah Azmin turut mendedahkan bahawa ahli keluarganya diganggu sejak minggu terakhir Ramadan.

“Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadhan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas,” katanya.

Sementara itu, menteri hal ehwal ekonomi itu turut berkata beliau akan melakukan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menfitnah dirinya.

Azmin menegaskan bahawa dia tidak akan tunduk kepada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya dengan cara kotor.

Bagaimanapun Timbalan presiden PRK itu menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara ini agar pihak yang tidak bertanggungjawab itu mendapat hukuman yang setimpal.

“Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.

“Saya akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini,” tegasnya.

Semalam viral di media sosial berkenaan tiga video seks songsang melibatkan individu yang mirip dengan Ahli Parlimen Gombak itu.

Video tersebut memaparkan dua lelaki melakukan hubungan sejenis di atas katil yang dipercayai di sebuah hotel.

Bagaimanapun pagi tadi, seorang lelaki bernama Haziq Aziz mengakui dia adalah individu terbabit.

Malah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu turut mendedahkan dia pada waktu bersama dengan Azmin Ali.

Namun, Haziq secara tiba-tiba di akhir video tersebut menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat amalan rasuah yang dilakukan oleh bekas menteri besar Selangor itu. – NTHQiBord, 12 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.