TANPA rasa segan, lelaki misteri yang mengadakan hubungan songsang dengan lelaki mirip seorang menteri tampil membuat pengakuan mengejutkan!

Lelaki yang menamakan dirinya sebagai Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui dia adalah individu dalam video homoseks yang tersebar di media sosial sejak semalam.

Lelaki tersebut memuatnaik video berdurasi 35 saat itu pada pukul 2.31 pagi tadi di laman Facebook bernama Haziq Aziz dengan kapsyen ‘To my fellow Malaysians‘.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan memberitahu, rakaman itu diambil tanpa kebenarannya pada 11 Mei 2019 di Hotel Four Points, ketika berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan.

Sandakan mempunyai Hotel Four Points dan lelaki itu mendakwa dia melakukan perbuatan tersebut di bilik ‘menteri’ berkenaan.

Kempen dan hari pembuangan undi pilihan raya kecil itu berlangsung pada bulan Ramadan.

Pengakuan bersumpah itu dibuat kurang 24 jam selepas video intim mereka tersebar.

Berdasarkan maklumat yang tersebar di media sosial, lelaki itu adalah setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri Utama dan Komoditi, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Aktivis mahasiswa, Khalid Ismath dalam Twitternya mendedahkan beliau pernah menjadi timbalan kepada Haziq dan menyifatkannya sebagai seorang yang lurus (normal).

Tetapi selepas Haziq menyertai PKR, dia dibuang daripada persatuan tersebut.

Khalid juga menyatakan rasa tidak percaya dengan tindakan Haziq itu kerana lelaki itu dipercayai sudah bertunang. –

Khalid juga menggelar Haziq sebagai sampah dan mengarut kerana pernah bersama-sama berjuang dalam gerakan mahasiswa.

“Adakah demi kelangsungan politik? Bagaimana dengan maruah?” soal Khalid. – NTHQiBord, 12 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.