ISU ekstradisi Dr Zakir Naik menunjukkan lagi wajah sebenar ultra kiasu atau DAP dalam sikapnya yang kurang senang dengan Islam.

Dalam hal ini Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menzahirkan kehairanannya apabila Ramkarpal Singh begitu bersungguh mahu Zakir Naik dihantar pulangke India, seperti dilapor dalam portal Ismaweb.

Bahkan, Ramkarpal berani mempertikaikan keputusan Tun Mahathir yang mempertahankan Zakir Naik.

“Zakir Naik tidak akan mendapat keadilan jika dihantar balik ke India. Saya begitu hairan dengan ultra kiasu yang mahukan Zakir dihantar ke India. Ultra kiasu ini tinggal di Malaysia atau India? Jika di Malaysia ikutlah apa kata pemimpin tertinggi negara, jika tidak baliklah kamu ke India.

“Jelas sekali betapa jahatnya ultra kiasu apabila sesuatu isu yang tidak menyebelahi mereka, tetapi menyebelahi Islam, maka ia akan ditentang habis-habisan,” kata Ridhuan Tee.

Ridhuan juga berasa hairan kenapa ultra kiasu ini menjadi senyap apabila ada pemimpin sebangsa mereka secara terang-terangan menyokong perjuangan LTTE di India. Kumpulan LTTE ini jauh lebih bahaya daripada Zakir Naik.

Zakir Naik hanya seorang, tetapi gerakan LTTE ini ramai dan lebih bersifat subversif, katanya Ridhuan.

LTTE merujuk kepada Liberation Tigers of Tamil Eelam (Kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam) yang ada di Sri Lanka.

LTTE disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan diharamkan kewujudannya di 32 negara termasuk Malaysia, dan mana-mana pihak memberi sokongan dan simpati terhadap kumpulan ini menyalahi perundangan negara berkenaan.

Sama juga menjadi satu kesalahan dalam peruntukan perundangan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) jika ada rakyat Malaysia yang mempamerkan simpati atau sokongan terhadap kumpulan pengganas lain seperti Daesh atau Abu Sayaff.

Pada tahun lepas, rakyat Malaysia berasa hairan bagaimana Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy memuatnaik gambarnya di facebook bersama-sama anggota LTTE dikenali sebagai Vaiko atau V. Gopalasamy.

Pakar Geostrategis, Prof Madya Dr. Azmi Hassan dalam tulisannya yang disiarkan Utusan Malaysia menyatakan selepas kekalahan LTTE pada tahun 2009, ada kemungkinan Malaysia dijadikan pengkalan baru bagi pertubuhan pengganas itu.

Menurut laporan akhbar, pada 5 Ogos 2009, pemimpin tertinggi LTTE yang baharu iaitu Selvarasa Pathmanathan telah ditahan di Kuala Lumpur.

Berita penangkapan ini agak mengejutkan kerana Pathmanathan baharu tiga bulan mengambil alih tampuk kepimpinan dari Vellupillai Prabhakaran yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Sri Lanka.

Kehadiran Pathmanathan di Malaysia sudah pasti untuk mengelak daripada buruan tentera kerajaan Sri Lanka tetapi menjadi kemusykilan mengapa Kuala Lumpur menjadi pilihan jika tidak kerana mempunyai perancangan tertentu untuk LTTE.

Berbeza dengan tangkapan yang dibuat berkaitan kumpulan Daesh kebanyakannya adalah rakyat tempatan, tangkapan mereka yang terbabit dengan LTTE pula terdiri daripada rakyat asing yang berstatus pelarian.

Jadi, andaikan kerajaan Sri Lanka menuntut ekstradisi mana-mana pemimpin LTTE yang ada di Malaysia, adakah ultra kiasu turut bersungguh mendesak mereka dihantar pulang? – 12 Jun 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.