BILA Tun Mahathir Mohamad lantik Latheefa Koya jadi ketua SPRM yang baru, Bangsa DAP paling kuat melatah.

Abang besar DAP, Lim Kit Siang tuduh Tun Mahathir bertindak salah dari segi politik dengan langgar janji Pakatan Harapan.

Tapi hari ini, Pemuda DAP (DAPSY) sibuk pula gesa Latheefa untuk buka semula siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.

Beng Hock mati 10 tahun lalu dipercayai bunuh diri ketika disiasat SPRM di pejabat agensi itu di Shah Alam.

Tapi DAP dakwa Beng Hock dibunuh dan parti itu mahu Latheefa mencari dalang yang terlibat dalam kes tersebut.

Persoalannya, kenapa kes Beng Hock saja yang disebut?

Kenapa mereka tidak gesa Latheefa buka semula kes kematian pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati akibat terjatuh di bangunan SPRM di Kuala Lumpur pada 2011?

Ini mungkin satu cubaan untuk menguji kredibiliti dan integriti Latheefa dalam mengendalikan kes berprofil tinggi dalam SPRM.

Jika DAPSY mahu kes Beng Hock dibuka semula, jadi jangan melatah jika Latheefa menyiasat juga kes rasuah terowong melibatkan Lim Guan Eng.

Latheefa sebenarnya tidak perlu tunduk kepada gesaan DAP ini kerana tindakan itu cubaan merumitkan beliau dengan kes-kes lama yang sudah selesai.

Bangsa ini ternyata tiada pendirian dan hanya bertindak untuk kepentingan diri serta parti mereka sahaja.

Gesaan untuk buka kes Beng Hock lebih kepada untuk meraih kelebihan politik dan menunjukkan mereka adalah pejuang sebenar masyarakat Cina dengan membangkitkan isu yang tidak sepatutnya.

Jadi, awas Letheefa, jangan terperangkap dengan mainan Bangsa DAP! – NTHQiBord, 12 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.