SEMALAM kecoh di media sosial yang mengaitkan seorang pemimpin negara dengan penyebaran rakaman video seks luar tabii.

Malah ramai dalam kalangan netizen yang berkata individu yang berada dalam video tersebut adalah mirip Datuk Seri Azmin Ali.

Namun sudah pasti penyokong tegar pemimpin itu menafikannya termasuk cybertrooper yang berpihak kepada kerajaan.

Pemilik Facebook Ratu Naga, menafikan perkara itu sambil memaparkan gambar Azmin menunaikan solat Maghrib bersama kepimpinan negara pada 11 Mei.

Malah dia mengatakan bahawa bagaimana Azmin boleh melakukan perkara songsang tersebut memandangkan timbalan presiden PKR itu sudah berada di Kuala Lumpur pada waktu itu.

Sementara itu Haziq Aziz, individu yang mengakui dia adalah pelaku di dalam video tersebut mengakui video seks songsang itu dilakukan mereka pada 11 Mei, iaitu tarikh yang sama.

Haziq turut mengatakan menerusi rakaman video di Facebook miliknya sebentar tadi bahawa pelakuan songsang mereka itu dilakukan di sebuah hotel di Sandakan, iaitu Hotel Four Point.

Azmin pada tarikh 10 Mei menerusi Twitternya berkongsi kempen terakhir PH semasa pilihan raya Sandakan pada sebelah malamnya.

Sementara itu , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Jaffari Waliam berkongsi di laman Facebook miliknya mengatakan kumpulannya telah menghantar menteri hal ehwal negeri itu ke lapangan terbang di Sandakan, di sebelah paginya.

Manakala itu, ada juga pihak yang menyebarkan maklumat tentang lokasi perbuatan terkutuk itu dilakukan.

Sekiranya dilihat kembali video tersebut dan melakukan rujukan di internet, sememangnya benar pengakuan Haziq yang mengatakan dia dan pemimpin tersebut melakukan hubungan di hotel berkenaan.

Carian di internet juga mengesahkan persekitaran di dalam bilik itu adalah sama dengan keadaan di dalam rakaman video berkenaan.

Dalam pada itu, seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO turut mengakui dia menaiki pesawat yang sama dengan Azmin pada pagi 11 Mei untuk pulang ke ibu negara.

“Saya balik naik Flight AirAsia yang ada Azmin Ali serta beberapa pimpinan Pakatan daripada PRK Sandakan ada skali pagi tu,” kata Datuk Armand Azha menerusi hantaran di media sosialnya.

Bagaimanapun, tidak dapat diketahui kesahihan perkara ini namun yang pasti hanya mereka yang terlibat dengan video tersebut sahaja keadaan sebenar.- NTHQiBord, 12 Jun 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.