SUDAH lebih 24 jam video aksi homoseks mirip seorang menteri tersebut tetapi masih tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Salah seorang pelakunya sudah tampil buat pengakuan, tidak sampai sehari selepas video itu tersebut.

Pelakunya, Muhammad Haziq Abdul Aziz mendakwa dia melakukan hubungan intim itu dengan menteri bernama Azmin Ali.

Dalam video itu, dia juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Azmin tetapi tidak menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh menteri tersebut.

Sehubungan itu, penganalisis politik, Hamdan Taha ketika dihubungi mendesak kerajaan segera menyiasat kes tersebut yang menjatuhkan imej kerajaan serta bangsa Melayu.

Kata beliau, pengakuan dan pertuduhan yang dinyatakan Haziq itu amat berat dan serius.

Oleh itu, Hamdan menggesa institusi agama mengambil posisi utama dalam kes sebegini.

Mereka perlu mengambil langkah pro-aktif menjalankan siasatan dengan segera kerana kes ini turut memburukkan imej Islam di Malaysia.

Beliau menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) tampil memberikan penjelasan kerana beliau bertanggungjawab menjaga imej Islam dan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Bagi Hamdan, kes kali berbeza dengan kejadian yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim 20 tahun dahulu. Pada ketika itu Anwar berada di luar kerajaan. Beliau menjadi mangsa pertuduhan pada ketika itu.

Namun, pada kali ini kesemua mereka iaitu Anwar dan Azmin sudah memegang tampuk kuasa. Mereka mempunyai ruang yang luas untuk menyelesaikan isu ini.

Video seks songsang ini mula tular pada pagi 11 Jun lalu dan dengan segera menjadi perbincangan umum.

Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana agensi seperti polis, SPRM mahupun jabatan agama.

Dalam perkembangan yang Gabungan Ketua-Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendesak Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin, menggantung tugas Haziq Abdul Aziz selaku Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) beliau dengan serta merta. – NTHQiBORD12 Jun 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.