PERTEMUAN antara Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong di Istana Melawati hari ini mencetuskan persoalan besar.

Ini kerana pertemuan itu diadakan ketika rakyat sedang hangat memperkatakan isu video songsang yang melibatkan seorang menteri Kabinet dipercayai Datuk Seri Azmin Ali.

Identiti Azmin dalam video itu masih belum dapat disahkan tetapi seorang lagi pelaku hubungan sejenis itu, Muhammad Haziq Abdul Aziz tampil membuat pengakuan bahawa pasangannya adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Pertemuan Tun Mahathir Mohamad dan Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan Facebook Jabatan Penerangan Malaysia awal hari ini.

Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya tentang tujuan Tun Mahathir bertemu dengan Sultan Abdullah sama ada ia ada kaitan dengan isu video yang didakwa melibatkan salah seorang menterinya.

Malah netizen berteka-teki dengan mengaitkan pertemuan itu mungkin menentukan nasib Azmin.

Ada juga yang mendakwa Tun Mahathir meminta restu untuk merombak atau membubarkan Kabinet susulan kontroversi demi kontroversi dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Apa pun perbincangannya, biarlah Agong atau Tun Mahathir sendiri yang menjelaskan tujuan perjumpaan tersebut. – NTHQIBord, 12 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.