AKHIRNYA Haziq Aziz, individu yang mengakui bahawa dia yang berada di dalam video rakaman seks songsang bersama lelaki mirip Datuk Seri Azmin Ali digantung tugasnya serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, di mana Haziq adalah setiausaha sulit kanan kepada beliau.

Tetapi Shamsul pada masa yang sama turut memaklumkan bahawa Haziq perlu menjawab surat tunjuk sebab daripada kementeriannya bermula 12 Jun.

Namun yang menjadi persoalannya kenapa ambil masa terlalu lama untuk menggantung Haziq.

Sedangkan dia telah mengaku berkenaan pelakuan rakaman songsangnya itu sejak pagi semalam.

Perkara ini menjadi teka teki dalam kalangan rakyat, apakah yang dilakukan oleh timbalan menteri industri utama ini kerana sukar benar hendak mengambil keputusan sejak daripada pengakuan tersebut dilakukan.

Langkah terbaiknya adalah dia perlu mengantung tugas pegawainya itu bermula daripada pengakuannya itu dilakukan.

Bertambah parah lagi, apabila dia turut sama mengheret nama kepimpinan tertinggi PKR.

Bukankah perkara ini sudah cukup untuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu untuk diambil tindakan?

Padahal Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor semalam terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan untuk kementerian Shamsul menggantung tugas Haziq.

Menjadi pertikaian kenapa seorang timbalan menteri dan kementeriannya mengambil masa sampai dua hari untuk melakukan tindakan terhadap kakitangannya.

Apatah lagi individu tersebut bukan biasa-biasa, malah adalah pegawai terdekatnya.

Kesalahan yang dilakukan oleh Haziq ini bukanlah kes terpencil, malah ianya adalah salah laku moral yang juga memberi kesan kepada nama baik kementeriannya itu.

Tidak pasti apa yang berada di pemikiran Shamsul, namun dia juga semestinya sedang menunggu arahan terkini daripada pihak tertentu yang terlibat di dalam video itu.

Takut untuk memihak kepada sesiapa jadi dia mendiamkan diri dahulu, dan akhirnya hari ini baharu bertindak terhadap salah laku pegawainya itu.

Namun, disebalik peristiwa yang terjadi ini ada perancangan yang teliti oleh pihak tertentu yang tidak kita ketahui untuk menjatuhkan individu tertentu.

Kita tidak tahu siapa, tetapi semestinya konspirasi ini dirancang secara rapi demi mencapai kepentingan politik masing-masing. – NTHQiBord, 13 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.