DAP tak pernah suka Azmin Ali. Azmin pun tak suka DAP, dulu masa Pakatan Rakyat berpecah, kalau ada peluang pilih DAP atau PAS, Azmin akan pilih PAS sebab roh Melayunya masih berbaki. Tak macam Anwar yang patuh, tunduk sujud bila ada DAP.

Seperti yang saya kata sebelum ini, Tony Puaka kalau tak kutuk Azmin sehari, bukan Tony lah itu. Kutukan pada Azmin ini bukan setakat dalam DAP tapi Tony juga kerap membawang pasal Azmin dengan balaci mereka, tak lain tak bukan PAN.

Dan kalau duduk dengan Aziz Bari, sebut sahaja nama Azmin Ali, dia akan cari macam cacing kepanasan, maki kutuk caci Azmin dengan pelbagai gelaran – penyangak, penyamun, gila kuasa dan sebagainya.

Dan secara kebetulan, video seks yang dikaitkan dengan Azmin itu seperti diperakui oleh konon-konon pelakunya – berlangsung semasa PRK Sandakan yang ditandingi oleh DAP.

Semasa PRK, semua cybertrooper DAP atau red bean army (RBA) akan turun secara berjemaah dengan semua jentera dan kelengkapan visual, audio untuk berkempen menangkan DAP.

Jadi, mungkinkah pembikinan klip videp dikaitkan Azmin itu dibuat oleh DAP? Mungkinkah DAP adalah dalang untuk melenyapkan peluang Azmin untuk jadi PM kerana DAP memang nak Anwar jadi PM?

DAP memang pakar persepsi – kalau dia tipu pun orang akan percaya, kalau tak betul pun dia boleh buat nampak macam betul dan mereka ini tiada faktor halal atau haram dalam berpolitik.

Bila tersebarnya video seks dikaitkan Azmin ini, maka DAP sangat gembira kerana peluang Anwar untuk jadi PM makin cerah dan yang lebih penting, peluang Lim Guan Eng jadi Timbalan Perdana Menteri juga semakin positif.

Tahniah Malaysia Baru! Kerusi TPM yang selama ini milik Melayu akan diserahkan pada bangsa DAP apabila Anwar jadi PM ke-8.

AMRAN AHMAD NOR
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3)
Bekas timbalan pengerusi biro buruh DAP.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBORD*

3 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.