NAMPAK ceria wajah Anwar Ibrahim sebelum sidang media dimulakan.

Sempat lagi Presiden PKR itu membuat jenaka sambil disambut ketawa segerombolan wartawan.

Sidang media yang diadakan bukan untuk tujuan biasa-biasa. Tapi demi pertahan orang kanannya dalam parti, Azmin Ali yang terpalit isu video homoseks.

Teks sudah terbentang di depan mata dan hanya perlu dibaca setiap perenggan yang tercatit.

Ini bukan Anwar. Ini bukan gayanya. Dia tidak agresif. Walhal dia seorang yang petah berkata-kata, berbahas, bercerita, berdrama dan bermacam ber-lagi.

Tapi semalam sidang medianya itu nampak bersahaja sedangkan isu yang perlu diperjelaskan adalah satu perkara serius!

Isu video seks mirip Azmin melibatkan maruah Pakatan Harapan dan PKR itu sendiri.

Tapi Anwar tetap tenang bersahaja. Tiada gaya genggaman tangan seolah-olah mahu mengumumkan esok harga minyak akan turun RM1.50!

Tiada mimik muka yang resah atau bimbang ketika pertahankan timbalannya.

Lebih kurang seminit saja masa yang diambil Anwar untuk pertahankan Azmin. Itupun dengan berkata PKR menyokong dan pasrah dengan siasatan polis.

Bila masuk fasa soal jawab dengan wartawan, satu lagi karakter Anwar sudah hilang. Tergagap-gagap menjawab soalan pertama diajukan wartawan berbahasa Inggeris.

Jawapannya pula ringkas. Bagi jawapan lain untuk soalan lain, lebih kepada mengulang kenyataan yang dibaca sebelumnya.

“Terima kasih, Maghrib, azan dah nak bunyi,” sempat lagi melawak sebelum Anwar cuba akhiri sidang media tapi ia bersambung beberapa minit lagi.

“Habis dah?” sekali lagi Anwar berjenaka diiringi dengan ketawa yang besar. Bersahaja. Tenang. Ceria meninggalkan bilik sidang media. – NTHQiBord, 13 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.