PAKATAN Harapan (PH) yang diketuai DAP makin bermaharajalela di era Malaysia Baharu sehinggakan berani menggantungkan iklan promosi penerbangan menggunakan bahasa Mandarin.

Perkara ini berlaku melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai yang turut meletakkan gambarnya di iklan tersebut.

Dia adalah Tan Kar Hing yang merupakan wakil rakyat daripada PKR, susah tentu daripada parti yang didalangi oleh DAP memandangkan ketika ini hanya mereka sahaja yang berani memperlekehkan bahasa kebangsaan.

Iklan tersebut bertujuan memaklumkan penerbangan baharu yang bakal beroperasi pada 1 Oktober depan antara Subang, Selangor ke Ipoh dan Pulau Pangkor.

Di paparan iklan tersebut menggunakan dua bahasa iaitu Melayu dan Mandarin.

Namun yang menjadi pertikaiannya adalah penggunaan bahasa Mandarin di situ, apa keperluan mereka untuk meletakkan bahasa mereka?

Adakah mahu memudahkan orang Cina yang tidak fasih di dalam bahasa Melayu untuk memahami promosi itu?

Tapi perkara ini tidak masuk dek akal memandangkan negara ini sudah mencapai kemerdekaan sejak 1957 lagi.

Malah generasi baharu bangsa itu kini di peringkat sekolah malah sejak kecil lagi sudah terdedah dengan pendidikan formal bahasa Melayu.

Mana mungkin mereka tidak boleh faham bahasa kebangsaan ini, waima hanya di peringkat yang paling asas.

Mungkin juga puak DAP di negeri itu sedikit demi sedikit mahu menanam sifat tidak ambil kisah mengenai penggunaan bahasa Melayu di negeri itu.

Seharusnya kerajaan negeri Perak yang diketui oleh menteri besar Melayu perlu mengambil tindakan mengenai perkara ini.

Walaubagaimanapun, Tan yang juga adalah Pengerusi Jawatankuasa, Kesenian dan Kebudayaan sepatutnya lebih teliti berkenaan ini kerana dia bertanggungjawab di dalam menguruskan portfolio yang penting di negeri itu.

Namun yang pasti, tidak pelik sekiranya perkara ini berlaku di negeri itu.

Memandangkan kes yang sama turut terjadi namun ianya lebih kritikal kerana menggunakan sepenuhnya dalam bahasa Mandarin.

Tindakan ini jelas menunjukan bahawa PH yang didalangi oleh DAP ini mahu menjadi Perak sebagai negeri milik mereka.

Perkara ini tidak pelik memandangkan menteri besar pun mereka berani untuk singkirkan! – NTHQiBord, 13 Jun 2019.

 

1 COMMENT

  1. Isu bahasa memang puak puak china ni tidak mrnghormati perlembagaan negara, yg tlh menjadi ruukan dan panduan dlm menyatupadukan rakyat malaysia selama ini, inilah wajah sebenar puak china yg ada dimalaysia, sampai bila? Adakah berkeinginan utk menjajah negara ini sepertimana belanda inggeris, jepun dan siam. Atau malu utk ngaku sebagai rakyat malaysia? Tepok dada tanya selers.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.