UNDANG-UNDANG Malaysia Baharu.

Siapa yang buat laporan polis terhadap salah laku orang lain, dia yang kena bagi keterangan.

Memang menghairankan jika ini cara undang-undang diamalkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bak kata Lokman Noor Adam, itulah undang-undang rimba Malaysia Baharu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dipanggil polis Bukit Aman hari ini selepas membuat laporan polis susulan penyebaran video mirip menteri PH.

Niatnya hanya mahu pihak berkuasa menyiasat kesahihan video itu tetapi beliau pula yang perlu beri keterangan.

Sebabnya, Adun Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri mempersoalkan sama ada pemimpin Umno itu mempunyai peranan dalam video seks tersebut.

Lebih dahsyat lagi, Lokman mendakwa polis mahu merampas telefon bimbitnya dan menggeledah rumahnya.

“Hari ni saya bagi keterangan kepada pegawai Jabatan Jenayah Terkhas Bukit Aman, mereka nak rampas kedua-dua telefon bimbit saya dan geladah rumah saya.

“Betul-betul Law of The Jungle (undang-undang rimba),” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Dalam perkembangan lain, polis mengesahkan penahanan Lokman dan Gobalakrishan atas sebab menghalang tugas penjawat awam dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Lokman didakwa enggan memberikan kerjasama dan memaki hamun pegawai polis yang sedang menjalankan meminta beliau menyerahkan telefon bimbitnya.

Sebelum itu, tersebar berita mengatakan Lokman telah ditahan polis pada malam ini.

Seorang pengguna Facebook bernama Faizul Ali Anui dalam statusnya berkata Lokman ditahan di kediaman beliau kerana membuat laporan polis berkaitan penyebaran video skandal mirip menteri PH.

Beliau ditahan bersama P. Gobalakrishnan di IPD Kajang. – NTHQiBord, 13 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.