SEBAGAI pemimpin nombor satu di dalam PKR, sepatutnya Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertindak dengan segera untuk membersihkan nama partinya daripada terus dikaitkan dengan isu tidak bermoral.

Apatah lagi susuk tubuh individu di dalam video seks luar tabii itu adalah mirip kepada timbalannya iaitu, Datuk Seri Azmin Ali.

Anwar sebagai pemimpin yang dikatakan bakal menjadi perdana menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad perlu melakukan sesuatu daripada membiarkan rakyat semakin hilang kepercayaan kepadanya serta parti.

Ini adalah waktu yang sesuai untuk Anwar menunjukkan sifat tanggungjawabnya itu demi menyelamatkan Azmin yang kononnya difitnah.

Walaupun sedia maklum mereka juga mempunyai hubungan yang dingin terutama sekali berkaitan perebutan jawatan sebagai perdana menteri.

Namun masa inilah yang paling terbaik untuk Anwar mencuba nasib untuk jadi hero, selamatkan keadaan.

Semestinya rakyat juga mahu lihat apakah yang boleh Ahli Parlimen Port Dickson itu lakukan untuk membuktikan bahawa Azmin adalah mangsa fitnah.

Bukankah Anwar juga dahulu pernah berhadapan dengan perkara yang sama, iaitu perilaku seks songsang? Jadi yang pasti tidak menjadi masalah untuk dia mengendalikan kes ini.

Yang pasti bekas timbalan perdana menteri sudah tentu tidak mahu melihat partinya itu asyik dikaitkan kelakuan dengan seks di luar tabii.

Namun yang menjadi janggalnya dahulu dia kena tuduhan. Sekarang timbalan pulak. Tidakkah pelik perkara ini?

Perkara itu turut sama dipersetujui oleh pengasas PKR yang turut meminta Anwar supaya mengendalikan kes ini dengan segera untuk membersihkan nama partinya.

Malah Ng Lum Yong turut berkata bahawa perkara ini tidak pernah terjadi kepada mana-mana kementerian di negara ini berkenaan video seks songsang.

Apatah lagi ianya melibatkan pemimpin yang berprofil tinggi dan berkaliber seperti bekas menteri besar Selangor itu.

“Saya percaya Anwar Ibrahim mesti tahu cara untuk mengendalikan serta menyiasat kes dalaman ini.

“Kerana rakyat pada masa ini sedang menunggu bagaimana Anwar tangani kes ini, serta keputusan yang bakal dia lakukan,“katanya ketika dihubungi NTHQiBord, baru-baru ini.

Tambah Ng lagi perkara ini akan memberi kesan buruk kepada negara memandangkan Azmin adalah menteri yang memegang portfolio penting negara, iaitu ekonomi.

Ianya sekali gus akan menjejaskan kadar pelaburan asing ke dalam negara, katanya.

“Perkara ini memberi kesan kepada pelaburan negara sekiranya tidak disiasat dengan secara total, imej negara akan direndahkan oleh pihak luar,” ujarnya. – NTHQiBord, 13 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.