SEMALAM peguam Syazlin Mansor mendedahkan Tommy Thomas cuba memburukkan nama baiknya sebab kaitkan nama suaminya dalam arahan untuk beliau menarik diri daripada inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Syazlin adalah peguam yang mewakili keluarga Adib, pihak kementerian dan pasukan bomba dalam membela nasib arwah yang meninggal dunia akibat kecederaan dipukul perusuh insiden rusuhan kuil Seafield pada November tahun lalu.

Namun Syazlin diarahkan Tommy untuk menarik diri dari mengendalikan kes itu kerana suaminya merupakan pegawai akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan mempunyai mendakwa hubungan itu mencetuskan konflik berkepentingan.

Malah suami Syazlin, Ahmad Soffian Mohd Sahriff terpaksa meletak jawatan rentetan arahan Tommy itu.

Mengulas lanjut pendedahan Syazlin itu, peguamcara, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mempersoalkan keputusan Tommy mengarahkan peguam Adib itu untuk berundur sedangkan Peguam Negara tersebut tidak membantah pelantikannya pada awal inkues itu.

Khairul berkata, Pejabat Peguam Negara tidak melihat Syazlin sebagai satu ancaman walaupun suaminya berkhidmat untuk seorang menteri Pakatan Harapan (PH).

Prosiding berjalan lancar sehingga seorang saksi Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan bahawa kecederaan Adib besar kemungkinan akibat kemalangan, bukannya dipukul perusuh.

Keterangan itu semestinya pihak kuil dan Tommy bertindak pantas mengarahkan satu afidavit (kenyataa bertulis) kepada Mahkamah Rayuan bagi menyatakan bahawa Adib meninggal dunia akibat kemalangan dan bukan dipukul seperti dinyatakan ramai saksi termasuk rakan arwah sendiri.

Tindakan Tommy itu menyebabkan pihak kuil menarik semula rayuan mereka, seolah-olah sudah mengesahkan kecederaan Adib berpunca akibat dilanggar.

Menurut Khairul, Tommy sebenarnya telah menghina mahkamah apabila beliau yang tiada pengalaman mengendalikan prosiding inkues telah membuat keputusan Awal sebelum selesai prosiding Inkues.

Konflik antara Tommy dan Syazlin dipercayai bermula apabila peguam bela itu memanggil seorang pakar forensik yang lebih berkelayakan dari pakar forensik HKL yang memberi keterangan bahawa beliau percaya kecederaan Adib adalah akibat dibelasah.

Kemudian pakar HKL berkenaan membuat laporan polis menyatakan kononnya beliau telah diugut untuk memberi kenyataan palsu di Mahkamah Koroner.

Tindakannya itu menyebabkan kredibiliti keterangannya bahawa Adib dilanggar menimbulkan sangsi dan menjadikan keterangan pakar yang dibawa Syazlin lebih kredibel bagi menunjukkan kecederaan Adib akibat dibelasah perusuh.

“Di sinilah kemuncak Kemarahan Peguam Negara terhadap Syazlin yang asalnya dianggap aset tetapi kini telah menjadi liabiliti kepada Jabatan Peguam Negara yang diarahkan oleh AG untuk membuktikan Adib “mati katak” begitu saja kerana kemalangan.

“Inilah punca sebenar kenapa Tommy mengarahkan Syazlin menarik diri atas alasan paling bodoh yang boleh difikirkan oleh seorang Peguam Negara yang hanya pandai menari dan mabuk,” katanya. – 13 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.