BAGAIMANA seorang individu yang memegang jawatan sebagai menteri boleh tersenyum secara bersahaja ketika ramai dalam kalangan rakyat mahukan penjelasan yang konkrit berkenaan viral video songsang yang dikatakan mirip dirinya.

Tidakkah Datuk Seri Azmin Ali merasakan janggal dan malu dengan keadaan ini kerana ianya adalah isu yang paling hangat diperkatakan rakyat pada hari ini.

Seperti saranan bekas orang kuat Bersatu, Anina Saadudin, Azmin perlu berehat seketika bagi membersihkan namanya walaupun belum ada bukti kukuh menunjukkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu.

Anina yang merupakan mantan pengasas parti Bersatu mengambil contoh tindakan Datuk Seri Zahid Hamidi melepaskan jawatan Presiden UMNO kepada timbalannya buat sementara waktu sehingga kesnya di mahkamah selesai.

“Zahid Hamidi tidak pegang jawatan dalam kerajaan malah bukan menteri pada waktu ini.

“(Malah) Apa yg berlaku (kes mahkamah) tidak jejaskan negara.

“Tetapi Azmin pegang jawatan menteri kanan dalam kerajaan yang memerintah.

“Berikutan tindakan Azmin yang boleh dikatakan terganggu kerana dia diwakili oleh setiausaha politiknya membuat laporan polis dan juga kenyataan darinya yang menafikan (dirinya dalam video).

“Jadi kalau diikutkan…saya akan nasihat Azmin untuk berehat sementara, sehingga siasatan kes tersebut selesai,” katanya.

Kalau diikutkan daripada segi kewajarannya, memang benar apa yang dikatakan oleh Presiden Empirical Malaysia ini.

Manakan tidak, sekiranya siasatan dilakukan ianya semestinya akan menggangu tumpuan Azmin di kementeriannya kerana beliau terpaksa menghabiskan masa untuk menjawab persoalan ini sama ada di balai polis atau pihak media.

Jadi eloklah Azmin berehat seketika untuk meredakan isu ini buat sementara waktu.

Jika tidak, kariernya dalam politik mungkin akan terjejas.

Jadi Azmin.. apa lagi, gentleman la sikit. Berehat la sekejap. – NTHQiBord, 14 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.