Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

SEJAK kembali menjadi perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad berulang kali menekankan bahawa generasi muda adalah harapan terbaik untuk membawa perubahan kepada negara.

Antara penekanan yang dibangkitkan termasuk merombak sistem pendidikan negara dengan menerapkan ajaran nilai etika dan moral kukuh bagi membina generasi Malaysia yang bencikan rasuah.

Sekali lagi, Tun Mahathir menyuarakan harapannya kepada golongan muda.

Kali ini, beliau merayu kepada generasi muda untuk menambah ilmu pengetahuan demi mengubah Malaysia menjadi negara maju.

Katanya, masa depan negara ini terletak kepada generasi muda yang perlu mengejar ilmu pengetahuan dan mengukuhkan keperibadian mereka.

“Kebanyakan generasi saya sudah meninggal dunia, dan kerana itu generasi muda akan menentukan masa depan negara.

“Saya merayu kepada generasi muda, tolonglah belajar dan raih semua jenis ilmu pengetahuan untuk mengubah Malaysia menjadi negara maju.

“Harapan saya terletak pada yang muda.

“Dapatkan semua kemahiran. Kukuhkan keperibadian. Berpegang teguh kepada agama dan nilai terpuji. Tolak korupsi sepenuhnya. Semaikan kebenaran, kejujuran dan keadilan.

“Marilah bekerja bersama-sama dan berpadu untuk membentuk masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia,” ,” katanya dalam status yang dimuat naik di Instagram.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.