PELAKU video songsang bersama individu mirip menteri, Haziq Abdullah Abdul Aziz akhirnya ditahan polis selepas tiga hari melakukan pendedahan kontroversi itu.

Setiausaha sulit kanan kepada timbalan menteri ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini kira-kira pukul 5.30 petang, lapor sebuah portal yang memetik sumber polis.

Penahanan Haziq di KLIA mencetuskan persoalan sama ada Ketua Pemuda PKR Santubong itu cuba melarikan diri ke luar negara.

Tiada pengesahan rasmi dibuat polis berhubung penahanan itu setakat ini.

Haziq mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dia melakukan hubungan songsang dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sebuah hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu.

Bagaimanapun Azmin menafikan beliau adalah individu dalam video tersebut. – 14 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.