DI saat seluruh negara kecoh dengan video songsang melibatkan seorang pelaku mirip menteri, UMNO mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada skandal tersebut.

Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden UMNO sudah menyeru seluruh ahli parti agar tidak terlibat atau atau mengambil kesempatan serta melakukan perkara yang hanya memburukkan keadaan susulan isu video itu.

Sebaliknya beliau menggesa UMNO memberi fokus masa dan tenaganya untuk terus menyantuni masyarakat dan membawa kepimpinan kepada orang Melayu.

“Kegagalan kita untuk berbakti dan menjalankan amanah rakyat adalah jauh lebih mengaibkan dari sebarang skandal yang sarat dengan ketidakpastian,” katanya yang juga dikenali sebagai Tok Mat

Pendekatan Tok Mat itu sama seperti PAS yang tidak mahu terpalit dengan skandal yang melibatkan konflik dalaman Pakatan Harapan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta pemimpin dan ahli Pas agar tidak menyebarkan rakaman video berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

Beliau berkata, PAS sepatutnya membantu menyelesaikan pelbagai isu ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat, bukannya menghabiskan masa dan tenaga dalam perkara tidak bermanfaat.

“Perkukuhkan jentera parti, perkasakan ukuhwah jamaah dan jaga hubungan dengan Allah SWT, agar Allah SWT pelihara kita daripada fitnah media sosial yang semakin tidak beradab,” ujarnya. – NTHQiBord, 14 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.