DESAKAN agar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercuti sementara daripada tugas rasminya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi ekoran penyebaran video seks yang didakwa melibatkan beliau adalah tidak wajar.

Perkara itu harus diserahkan kepada kepemimpinan kerajaan untuk membuat keputusan, kata
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Tak wajar, sebab siasatan belum bermula, kita serahkan kepada pucuk pimpinan berhubung perkara itu,” katanya.

Aminuddin mengulas desakan kumpulan Otai Reformis agar Azmin bercuti sementara bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap video seks yang melibatkan imej mirip beliau.

Mereka mendakwa langkah itu perlu diambil bagi menjaga nama baik kerajaan Pakatan Harapan.

Sehubungan itu, Aminuddin yang juga Pengerusi PKR negeri meminta ahli-ahli parti tersebut supaya bersabar dalam menghadapi isu yang melanda ketika ini.

Beliau meminta mereka agar terus memberi sokongan kepada kepemimpinan PKR bagi memastikan parti itu berada dalam keadaan baik.

Katanya, isu video tersebut tidak sepatutnya berlaku ketika kerajaan sedang memberi tumpuan kepada usaha pembangunan negara. – 14 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.