PAKATAN Harapan masih berdegil. Tommy Thomas juga masih keras kepala.

Kerajaan berdegil untuk tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mencari kebenaran kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tommy pula tunjuk keras kepala untuk teruskan inkues kematian yang lebih banyak hasilkan drama daripada perkembangkan positif.

Rakyat dah lama bosan dengan drama inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Rakyat semakin marah dengan kedegilan Tommy Thomas letak jawatan sebagai Peguam Negara.

Campur tangan Tommy dalam inkues kematian arwah Adib bukan lagi rahsia dan ini menyemarakkan lagi kemarahan rakyat.

Rakyat sudah letih bermain spekulasi dengan setiap teori atau keterangan yang diberikan kepada Mahkamah Koroner.

Lebih banyak kontroversi yang tercipta berbanding mencari punca sebenar kematian Adib.

Jangan salahkan rakyat jika inkues ini jejaskan kepercayaan mereka.

Jangan salahkan rakyat jika ada yang membuat kesimpulan bahawa ini semua adalah satu konspirasi untuk menutup punca kematian sebenar arwah Adib.

Itu sebabnya isu ini perlu ditangani dengan berkesan agar integriti kehakiman dan perundangan di negara ini tidak dicalar.

Dan sebagaimana yang pernah disarankan oleh pelbagai pihak, termasuklah dari Majlis Perundangan Melayu (MPM), penubuhan RCI adalah sebaik baik kaedah dalam menangani isu kontroversi kematian Mohammad Adib ini.

Pengerusi Biro Politik MPM, Shahbudin Embun sekali lagi menegaskan, RCI perlu ditubuhkan bukan hanya untuk menyiasat kematian anggota bomba terbabit, tetapi juga insiden rusuhan kuil tersebut.

Dalam hal ini, RCI sememangnya jalan terbaik untuk dijadikan sebagai kayu pengukur agar kejadian menyedihkan yang telah meragut nyawa ahli pasukan keselamatan negara tidak akan berulang pada masa hadapan.

Penubuhan suruhanjaya ini adalah mengikut punca kuasa yang diberikan undang-undang berkaitan iaitu Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 atau Akta 119.

Akta 119 ini merupakan undang-undang dibuat sebelum merdeka dan ia telah disemak semula pada tahun 1973.

MPM kekal dengan pendirian bahawa sebuah suruhanjaya siasatan hendaklah ditubuhkan bagi penyiasatan menyeluruh dilakukan keatas tragedi kematian arwah Adib ini. – 14 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.