ISU video songsang yang melibatkan individu mirip menteri merungsingkan rakyat ketika pelbagai isu golongan bawahan belum selesai termasuk kos sara hidup.

Siasatan sudah dijalankan polis, tetapi rakyat menuntut 8 penjelasan tentang isu itu.

Berikut adalah tuntutan rakyat yang tersebar menerusi media sosial;

1. Saman Haziq Aziz sebab fitnah Datuk Seri Azmin Ali.

2. Siarkan rakaman CCTV Hotel Four Season untuk menunjukkan Azmin tidak berada di hotel itu pada 10 Mei dan tengah malam 11 Mei.

3. Haziq atau Azmin perlu menjalani ujian pemeriksaan di hospital untuk mengesahkan tiada berlaku hubungan songsang itu.

4. Kenyataan adik Azmin, Ummi Hafilda perlu dijelaskan dan disahkan.

5. Kenapa perlu ambil masa 12 jam untuk sediakan kenyataan media?

6. Kenapa Facebook milik Pejabat Timbalan Setia dakwa video itu dari Filipina dan sudah diubahsuai menjadi gelap?

7. Haziq sudah buat laporan polis dan kenapa Azmin tidak buat laporan polis sendiri, tetapi menyuruh pegawainya?

8. Kenapa hantar pegawai jumpa Haziq dan suruh Haziq nafikan kalau betul bukan Azmin dalam video tu? Kalau memang betul bukan, tak perlu hantar orang suruh Haziq nafi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.