ADA tanda tanya bila Haziq Aziz mengaku dia mempunyai hubungan intim dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Pelaku dalam video songsang itu mendakwa kejadian seks luar tabii di Sandakan bukan kali pertama tetapi sudah beberapa kali di lokasi lain.

Ini kononnya menunjukkan Haziq sudah biasa bertemu Azmin dan mengetahui pergerakan menteri itu.

Tapi hairannya, pendedahan Timbalan AMK Sabah, Blisson Zainuddin selepas lima hari isu penyebaran video itu, menimbulkan keraguan terhadap dakwaan Haziq.

Menurut Blisson, beliau dipaksa oleh Haziq untuk memberikan jadual dan aktiviti Azmin sepanjang kempen PRK di Sandakan beberapa bulan lalu.

Blisson adalah pemimpin PKR yang terlibat dalam jentera PH di Sandakan dan mengurus pergerakan pemimpin PH terutamanya dari PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

Beliau mendakwa sepanjang kempen, Haziq sering hubunginya menerusi panggilan telefon dan Whatsapp untuk dapatkan jadual Azmin termasuk lokasi dan tempat penginapan Azmin.

Jadi sebab itu, Blisson persoal tindakan Haziq mahu dapatkan jadual Azmin sedangkan lelaki itu mendakwa sudah beberapa kali melakukan hubungan songsang dengan Azmin.

Kini Haziq dikatakan sudah menghilang. Harapnya isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar kerajaan kembali fokus kepada masalah sebenar iaitu keluhan rakyat! – NTHQiBord, 14 Jun 2019.

1 COMMENT

  1. Zahid dah masuk kes mahkamah sedangkan AZmin belum ada apa2 dakwaan..berbeza kes..kau faham ke tidak Ainana..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.