SKANDAL seks luar tabii yang memaparkan individu mirip Datuk Seri Azmin Ali terus menjadi perbualan hangat rakyat.

Namun tidakkah rakyat rasa khuatir atau bimbang dengan keadaan ini, memandangkan Azmin adalah menteri yang memegang portfolio penting negara, iaitu hal ehwal ekonomi.

Sudah tentu, ramai dalam kalangan pelabur daripada luar negara yang sudah maklum dengan perkara ini.

Bukankah ianya memberi impak negatif kepada negara, kerana menteri tersebut terpalit dengan skandal video seks luar tabii.

Keadaan ini turut disokong oleh bekas pengasas parti Bersatu yang turut sama melahirkan rasa kebimbangan mengenai prestasi ekonomi negara.

Anina Saadudin turut percaya bahawa pendedahan berkenaan skandal ini akan memberi kesan kepada kadar pelaburan negara memandangkan menteri yang bertanggungjawab mengenai perkara ini dikaitkan dengan perkara yang tidak bermoral.

“Sudah pasti dari aspek ekonomi, ianya berkaitrapat dengan sesuatu sensitiviti yang akan menganggu kestabilan ekonomi negara.

“Isu yang melibatkan menteri.. melibatkan negara.

“Sedangkan hujan, bencana pon akan jejaskan ekonomi negara, apatah lagi menteri ekonomi yang sudah diliputi dengan isu seks luar sejenis.

“Saya mewakili badan bukan kerajaan sangat mengambil berat berkenaan negara dan kestabilan politik.

“Saya sangat risau dengan keadaan sekarang,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord, baru-baru ini.

Sementara itu, perkara ini turut sama mendapat perhatian ahli jawatankuasa MCA Perak yang turut melahirkan kerisauannya berkenaan isu ini.

Jimmy Loh Thim Kheun berkata ekonomi negara semakin membimbangkan sejak tahun tahun lepas, dan sekiranya Azmin masih berada di kementerian itu ianya akan memberikan kesan yang lebih buruk lagi selepas ini.

“Ekonomi kita sejak tahun lepas tidak berapa baik. Jadi kesannya tetap ada,” katanya.

Perkara ini sekiranya dibiarkan tanpa ditangani dengan sebaiknya, bakal memberi impak kepada pembangunan negara

Ianya bukan untuk tempoh yang seketika tetapi pada jangka masa yang panjang.

Pelabur asing semestinya hilang kepercayaan kepada negara apabila melihat senario tidak sihat ini terus berlaku.

Malah tindakan kerajaan yang tidak menyelesaikan isu skandal ini dengan segera menambahkan lagi risiko kepada kejatuhan ekonomi negara.

Jadi Azmin…jangan la memperjudikan masa depan negara semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Dia harus melakukan sesuatu, sama ada berehat atau mengundurkan diri. Daripada terus berlakon menjalankan tugasnya seperti biasa seperti tidak ada sebarang perkara yang terjadi.

Eloklahh diganti dengan individu yang lebih berkaliber. – NTHQiBord, 15 Jun 2019.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.