REZEKI biarpun sedikit wajib halal dan berkat.

Tak guna dapat duit banyak tapi kita dapatkan dengan cara haram.

Merasuah untuk dapatkan kerja akan menghasilkan rezeki yg haram.

Jangan kita halalkan yg haram seperti mengatakan ‘bukan aku yang minta, mereka yang beri’.

Kalau tiada balasan takkan kita diberi.

Hatta kalau dibayar makan dan minum kerana kita berkuasa untuk memberi tetaplah haram.

Percayalah tiada keberkatan wang dan harta yang tidak halal.

Hidup dan keluarga akan porak peranda.

Wang dan harta yang dapat, akan lenyap seperti asap entah ke mana.

Yang memberi tempatnya neraka yang menerima juga tempatnya neraka. – 15 Jun 2019.

SUHAIRI ABDUL KARIM
Peguam
Ketua Aktivis Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) Perlis.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBORD*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.