AGAK menghairankan apabila hanya Haziq Aziz sahaja yang diambil tindakan berkenaan pengakuannya mengenai video seks songsang yang tengah hangat diperkatakan kini.

Malah baru-baru ini, Datuk Shamsul Iskandar menggantung tugas Haziq sebagai setiausaha sulitnya di Kementerian Industri Asas Tani.

Tindakan itu agak berat sebelah memandangkan hanya Haziq sahaja yang dikenakan tindakan sedemikian rupa.

Bagaimana pula dengan Datuk Seri Azmin Ali?

Tidakkah dia juga perlu diambil tindakan memandangkan pendedahan daripada Haziq sendiri yang mengatakan bahawa lelaki yang bersamanya di dalam aksi ranjang itu adalah Azmin.

Perkara itu turut sama dipersetujui oleh presiden Empirical Malaysia yang mengakui ada sesuatu yang pelik berkenaan kes ini.

Kata Anina Saadudin lagi, keadaan ini sangat mendukacitakan apatah lagi seolah-olah sekarang kerajaan hanya mahu ‘menyerang’ Haziq, dan menyembunyikan Azmin.

“Jadi (sekiranya) tindakan yang dikenakan kepada Haziq….Azmin pun mesti kena, benda ini memang tidak masuk akal.

“Memang sah-sah selepas ini dia (Haziq) akan dibuang kerja walaupun siasatan belum bermula.

“Kalau Haziq dikenakan tindakan, saya berpendapat Azmin juga perlu diambil tidakan,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord, baru-baru ini.

Bukan mahu menuduh menteri hal ehwal ekonomi itu adalah individu yang berada di dalam video terbabit, namun secara jelas perkara ini adalah tidak adil.

Walaupun Haziq itu adalah rakyat biasa sahaja berbanding dengan Azmin namun ianya memberi impak kepada penilaian rakyat kepada kerajaan baharu.

Sewajarnya untuk melihat perkara ini dengan lebih adil, kerajaan juga perlu mengambil tindakan sama terhadap Azmin.

Namun sudah pasti tentu orang yang berhak membuat keputusan itu adalah Tun Mahathir Mohamad.

Tetapi nampak gayanya adalah sukar untuk keputusan itu dilakukan, memandangkan perdana menteri pun tidak ambil kisah berkenaan perkara ini.

Beliau hanya berminat untuk bertanya pihak media sekiranya benar pasangan Haziq di dalam video itu adalah Azmin.

Isu di sini bukan disebabkan mengaku atau tidak, tetapi mengenai kenyataan Haziq yang turut sama mengaitkan Azmin berkenaan isu ini.

Jadi sudah tentu bekas menteri besar Selangor itu juga perlu digantung tugas.

Sekarang Haziq sudah pun ditangkap, jadi apa lagi tindakan lepas ni?

Yang penting ada yang tengah seronok, sebab ada ‘back-up’ besar. Tapi tidak mengapa, biar rakyat tengok sendiri apa jadi lepas ini. – NTHQiBord, 15 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.