PENYEBARAN video seks melibatkan pemimpin bukan perkara baharu dalam kancah politik Malaysia.

Strategi keji ini sudah diamalkan sejak lewat belasan tahun dulu sebagai cara menjatuhkan musuh politik masing-masing.

Isu video seks seolah-oleh sudah menjemukan rakyat Malaysia dan sebab itu wujudnya beberapa kelompok berbeza apabila skandal yang sama berulang.

Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad tampil dengan pandangannya untuk membahagikan orang Melayu Islam kepada lima kategori dalam isu ini.

  1. Golongan yang tidak ambil peduli apa juga kemelut di luar lingkungan hidup mereka.

Mereka tidak kisah siapa pun yang menjadi pemimpin asalkan mereka ada pekerjaan, ada gaji setiap bulan, boleh makan dan pakai secukupnya – itu sudah memadai.

Bagi kelompok ini, sama ada seorang ustaz atau kaki perempuan pun menjadi pemimpin, janji gaji mereka tetap sama.

2. Golongan hangat-hangat tahi ayam, panas hanya sementara. Mereka menilai seseorang itu hanya pada ketika isu sedang hangat diperkatakan. Tapi akhirnya, mereka tetap akan menerima kembali pemimpin terbabit walaupun buruk akhlaknya.

Bagi mereka, mungkin individu terbabit sudah berubah atau akan bertaubat, jadi biarkanlah.

3. Golongan yang paling mudarat ialah jenis yang menyokong perbuatan terkutuk itu seperti pengamal LGBT dan freethinker.

4. Satu lagi kelompok ialah jenis mengganggap perkara itu adalah sesuatu yang biasa dan berlaku dalam mana-mana kelompok politik.

Mereka beranggapan dalam UMNO dan PAS turut ada kes sedemikian rupa yang membabitkan penyebaran video seks. Cuma mahu diperbesarkan sahaja atau tidak.

5. Golongan agamawan iaitu para mufti, majlis fatwa dan mana-mana institusi agama yang lambat memberi reaksi.

Beliau berpendapat, golongan ini sepatutnya tampil dahulu. Contohnya mufti boleh sahaja mencadangkan supaya Azmin perlu bercuti untuk sementara waktu sehingga namanya dibersihkan mengikut saluran undang-undang.

Perlahannya reaksi golongan agamawan ini mungkin disebabkan mereka bekerja dan makan gaji dengan kerajaan. Jika terlalu lantang mungkin akan diambil tindakan pula. – 14 Jun 2019

1 COMMENT

  1. Kenapa perlu dibabitkan golongan agawan dalam kes begini? Bukankah dalam sistem perundangan negara ini, hukum Hudud TIDAK diiktiraf. Bila terjadinya kes sebegini yang melibatkan golongan tertentu terutama ”politicians”, barulah politician tidak kira samada dari PKR, Bersatu mahupun UMNO meroyan meminta para agamawan memberi padangan. Masa begini jugalah “politicians” mengeluarkan kenyataan dan memperjuangkan hukuman Hudud. Masa beginilah hukuman Hudud akan di manipulasikan untuk membebaskan ”politicians” dari tuduhan dan menutup kesalahan mereka. Bilakah kita sebagai umat Islam untuk mendaulatkan hukuman Allah. Sekiranya, kita tidak mampu untuk mendaulatkan hukuman Allah kerana tahap keimanan yang lemah, janganlah kita memperalatkan hukuman Allah dan agamawan untuk kepentingan peribadi dan politik kita.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.