PKR ini sememangnya sebuah parti yang tidak boleh dipercayai, sejak jadi pembangkang sampailah sekarang ini.

Walaupun sudah jadi kerajaan mereka masih menggunakan taktik kotor untuk memperdaya rakyat di dalam melindungi kartel masing-masing.

Daripada pemimpin tertinggi parti, sampai akar umbi. Semuanya sama!

Sanggup menipu rakyat demi kepentingan diri sendiri, malah lebih mengutamakan pemimpin daripada kem mereka.

Perkara ini makin menjadi-jadi sejak tularnya video panas yang memaparkan individu mirip Datuk Seri Azmin Ali yang melakukan hubungan songsang.

Azmin bagaimanapun tidak mengakui bahawa lelaki di dalam rakaman itu adalah dirinya.

Walaupun perkara ini sudah diakui sendiri oleh Haziq Aziz berkenaan pasangannya yang berada di video itu adalah pemimpin tersebut.

Untuk mengukuhkan kenyataan itu malah menteri hal ehwal ekonomi itu kononnya berkata dia tidak pernah mengenali Haziq secara rapat.

Namun yang menjadi persoalannya apabila viral di media sosial berkenaan satu cicipan Twitter milik Azmin yang tag (menyebut) Haziq di akaun rasmi tersebut.

Pelik kan…dia sendiri kata tidak kenal Haziq dengan akhrab.

Tapi macam mana sampai boleh tag ketua AMK Santubong itu?

Janggal bukan, Azmin ini bukan pemimpin calang-calang dalam PKR. Bagaimana pula sampai dia boleh menyebut si Haziq ni di dalam akaun rasmi tersebut.

Maknanya perkara ini sudah menunjukkan bahawa terang lagi bersuluh yang Azmin ni sebenarnya hendak temberang rakyat.

Tapi bukan itu sahaja! Ada satu lagi tipu daya puak PKR ini.

Penipuan kali ini pula melibatkan seorang timbalan ketua pemuda PKR Sabah yang secara tiba-tiba mengaku bahawa dia yang menguruskan jadual pemimpin Pakatan Harapan semasa pilihan raya kecil Sandakan lalu.

Blission Zainuddi kononnya melakukan pengakuan itu apabila dia berasa serba salah kerana bertindak memaklumkan kepada Haziq berkenaan jadual Azmin.

Namun penipuan itu terbongkar apabila seorang pemimpin muda negeri itu, Razeef Rakimin menafikan penglibatan Blission sewaktu pilihan raya tersebut.

Menurutnya Blission hanya sempat berada di Sandakan selama 2 hari sahaja kerana ada urusan kerja di Kota Kinabalu yang perlu diselesaikan selepas itu.

Jadi macam mana pulak dia boleh mengaku bahawa dia sedang bertugas?

Nah! Nampak tak PKR ni makin kaki belit? Sampai terbelit diri sendiri.

Mana tidaknya sebab masing-masing mahu menegakkan benang yang basah.

Perkara ini sangat mengecewakan bukan? Atas alasan berebutkan jawatan, sampai rakyat dimanipulasi oleh puak mereka ini untuk kesenangan masing-masing. – NTHQiBord, 16 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.