SUDAH hampir seminggu satu Malaysia kecoh pasal isu video songsang Haziq Aziz dan pasangannya mirip Azmin Ali.

Sejak awal video itu tersebar hingga Haziq ditangkap dan dibebaskan semula, hampir kesemua parti politik sudah memberi respon.

Tapi ada satu parti masih diam membisu. DAP.

Tiada langsung bunyi dari parti cauvinis itu sedangkan Azmin merupakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Jangan katakan nak membela, bagi nasihat pun tidak.

Memang menghairankan. Jika masa kes liwat Anwar Ibrahim dulu, bermati-matian mereka pertahankan Presiden PKR itu.

Tapi dalam kes Azmin, langsung membisu. Kenapa agaknya?

Mungkin benar kata bekas ahli seumur hidup parti itu, Amran Ahmad Nor bahawa DAP tak pernah suka Azmin Ali.

Amran tidak menolak kemungkinan bahawa pembikinan klip videp dikaitkan Azmin itu dibuat oleh DAP.

Katanya, mungkinkah DAP adalah dalang untuk melenyapkan peluang Azmin untuk jadi PM kerana DAP memang nak Anwar jadi PM?

Kata Amran, DAP memang pakar persepsi – kalau dia tipu pun orang akan percaya, kalau tak betul pun dia boleh buat nampak macam betul dan mereka ini tiada faktor halal atau haram dalam berpolitik.

Bila tersebarnya video seks dikaitkan Azmin ini, maka DAP sangat gembira kerana peluang Anwar untuk jadi PM makin cerah dan yang lebih penting, peluang Lim Guan Eng jadi Timbalan Perdana Menteri juga semakin positif. – NTHQiBord, 15 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.