Henti ambil rasuah!

Itu amaran kes Abdul Hamid terhadap pegawai-pegawainya agar menghentikan hubungan dengan sindiket-sindiket judi dan maksiat yang beroperasi di seluruh negara, bukan sahaja di Kuala Lumpur.

Langkah pertama itu adalah tindakan tegas Abdul Hamid dalam memastikan segala bentuk rasuah kepada pegawai polis dihapuskan serta-merta kerana amalan jijik itu sudah menghancurkan beribu-ribu keluarga, pegawai kanan dan rendah polis.

“Selama ini mereka (sindiket judi dan maksiat) telah lama bermaharajalela merasuah polis seolah-olah tiada undang-undang dalam negara kita.

“Saya bagi amaran kepada semua pegawai kanan saya supaya hentikan (mengambil rasuah).

“Saya juga tidak mahu (rasuah) duit yang mereka bagi. Saya pun tak ingin.

“Saya serius dan bukan main wayang,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama media baru-baru ini.

Abdul Hamid juga memberi amaran kepada tauke-tauke judi supaya tidak lagi merasuah polis.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai jijik dan akan dibalas oleh Allah.

“Ada (tauke judi) yang akan marah saya dan mungkin akan menembak saya kerana menutup punca pendapatan mereka.

“Jadi amaran saya, tauke-tauke judi yang bergelar tan sri atau datuk seri, hentikan,” katanya. – NTHQiBord, 17 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.