DATUK Seri Mohamad Hasan, Pemangku Presiden UMNO melahirkan kebimbangan berkenaan hutang rasmi kerajaan persekutuan meningkat begitu ketara berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Hutang rasmi kerajaan persekutuan pada suku pertama tahun 2019 adalah RM776.8 billion, meningkat sebanyak 10.2 peratus berbanding pada tempoh yang sama tahun 2018.

“Pertumbuhan hutang rasmi kerajaan semakin laju di bawah Kerajaan PH. Ini simptom yang amat tidak sihat dan membimbangkan,” kata beliau yang juga dikenali sebagai Tok Mat.

Kebimbangan Tok Mat ini ada asasnya. Hal ini kerana, kerajaan DAP-PH dilihat hanya pandai menjual aset negara berbanding memantapkan ekonomi.

Kebimbangan Tok Mat selari dengan catatan facebook Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Beberapa hari lalu, Najib mendedahkan bahawa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng meminjam lagi RM4 bilion yang akan dibayar balik tahun 2024

Maka hutang rasmi negara hari ini sudah sampai RM793.4 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah BN.

Belum lagi mengambil kira duit RM82 bilion Petronas yang dipaksa bayar kepada kerajaan DAP-PH.

Selepas banyak meminjam tahun lepas, kerajaan PH terus menambah hutang negara dengan kadar yang jauh lebih pantas berbanding masa BN.

Tidak sampai setengah tahun 2019, mereka telah meminjam RM70.3 bilion (RM63 bilion sukuk kerajaan serta RM7.3 bilion bon Samurai) dan bayar balik RM17.7 bilion.

Jika kadar ini berterusan, hutang rasmi negara akan mencecah RM1 trilion pada akhir tahun depan.

Sebelum ini, Najib pernah menyangkal bahawa hutang negara mencecah 1 trillion ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Berdasarkan carta Hutang Kerajaan berbanding KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) Malaysia berkedudukan 54 peratus.

Jepun mempunyai jumlah hutang paling besar iaitu 238 peratus diikuti Greece (182 peratus). Manakala Amerika Syarikat (105 peratus).

Jiran terdekat Malaysia, Singapura pula mempunyai kadar nisbah 111 peratus, Thailand (42 peratus) dan Indonesia (29 peratus).

Negara paling rendah adalah Brunei (3 peratus), Timur Leste (4 peratus) dan Afghanistan (7 peratus)

Carta WEF itu menunjukkan perbandingan hutang negara-negara di dunia setakat Oktober 2018.

Jelas sekali, ketidakupayaan kerajaan DAP-PH mengendalikan ekonomi negara. Sudahlah banyak janji pilihan raya dikhianati, hutang negara mencanak naiknya.

Apakah nasib negara dan rakyat Malaysia dalam tempoh tiga hingga empat tahun mendatang jika situasi ini berterusan? – 17 Jun 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.