KEKACAUAN di dalam PKR ini semakin menjadi-jadi sejak tularnya video panas luar tabii yang dikatakan mirip kepada Datuk Seri Azmin Ali sebagai pelakunya.

Malah ramai dalam kalangan pemimpin PKR sendiri serta penyokong yang geleng kepala dengan perkara ini.

Sehinggakan wujudnya pertikaian terhadap presiden parti itu sendiri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini dibangkitkan oleh bekas Pengerusi PKR negeri di utara tanah air yang berkata tindakan parti yang tidak mengambil tindakan terhadap Haziq Aziz adalah menghairankan.

Namun yang peliknya kenapa pemimpin ini sibuk benar dengan perkara ini, adakah dia mahu melangkau keputusan presiden?

Adakah tidak ada lagi perasaan hormat mereka kepada Anwar yang memimpin parti itu?

Menurut pemimpin PKR berkenaan iaitu Mohammad Faisol Abd Rahman sepatutnya parti menyingkirkan Haziq daripada terus berada dalam PKR.

Memandangkan Haziq sendiri telah mengakui sebagai salah seorang lelaki ada ada di dalam rakaman video terbabit, ujarnya.

“Saya hairan kenapa dia (Haziq) belum dikenakan apa-apa tindakan. Dia sudah buat pengakuan dengan bersumpah lagi,” katanya.

Walaupun video itu tersebar dalam kalangan pemimpin PKR, pemimpin politik dan media, namun sudah tentu ianya juga turut bertebaran di seluruh negara, dan ditonton rakyat.

Jadi apa yang dikatakan oleh Mohammad Faisol itu adalah sesuatu yang logik juga.

Bagaimana PKR mahu kekal bersih memandangkan masih ‘menyimpan’ Haziq yang sudah terang lagi bersuluh sudah memalukan parti.

Mohammad Faisol yang ketika ini adalah timbalan ketua PKR Cabang Arau itu turut mempersoalkan sama ada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong itu mendapat keistimewaan kerana tidak diambil tindakan oleh parti.

“Apakah dia punya layanan istimewa (daripada PKR). Sekurang-kurangnya Haziq perlu digantung keanggotaan kerana tindakan itu,” katanya.

Menjadi keistimewaan atau tidak itu kita tidak dapat untuk mengesahkannya dengan lebih lanjut.

Namun apa yang kami boleh sahkan ketika ini ialah dalam PKR sekarang ini sedang bergelora mengenai perkara ini.

Mana tidaknya sampai pemimpin parti dalam negeri pun sudah tidak puas hati dengan keputusan pucuk pimpinan.

Sebelum ini, apa yang presiden cakap semua main hangguk sahaja kepada tu.

Tapi sekarang tidak lagi, makin ramai yang berani mempertikai sebarang ketetapan oleh presiden iaitu Anwar Ibrahim. – NTHQiBord, 17 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.