MENTERI Kewangan Lim Guan Eng dikatakan akan melawat China pada minggu pertama bulan Julai tahun ini, lapor sebuah portal.

Ini merupakan lawatan sulung Guan Eng ke negara tersebut selepas menjadi Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan.

Antara agenda yang bakal dibincang ialah tawaran “Bon Panda” oleh kerajaan China untuk membantu pembayaran balik hutang negara.

Pada Februari lalu Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian mendedahkan cadangan mengeluarkan bon Panda untuk Malaysia bagi membantu kewangan negara.

Perlu diketahui, China merupakan antara pelabur utama di Malaysia ketika ini. Antara pelaburan besar mereka termasuklah projek ECRL dan Proton.

Sebelum ini, Tun Mahathir menghantar Tun Daim dalam rundingan dengan China.

Dalam hal ini, Datuk Seri Najib Razak secara sinis menyatakan dalam Facebook beliau bahawa sasaran hutang RM1 trillion kerajaan DAP-PH menjelang tahun 2020 akan tercapai.

Menurut Najib, sebelum ini kerajaan DAP-PH sudahpun meminjam RM100 bilion dari bon tempatan, kemudian RM82 bilion dari Petronas dan RM7.3 bilion bon Samurai dari Jepun.

Kini giliran untuk pinjam bon Panda dari China, sindir Najib.

Dalam perkembangan lain, nilai ringgit jatuh lagi berbanding mata wang Baht Thailand sejak PRU14 ke paras paling rendah dalam sejarah.

Kejatuhan nilai ringgit ini berlaku dalam kesibukan pemimpin dan parti komponen PH berperang sesama sendiri. Kejatuhan ini makin memberi tekanan terutamanya golongan peniaga.

Beberapa hari yang lalu, Tun Mahathir menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya tidak menolak kemungkinan akan menjual aset negara dan tanah dalam usaha mengurangkan hutang negara.

Kini, semakin terserlah kelemahan kerajaan DAP-PH dalam menguruskan ekonomi negara. Semakin hari semakin tenat dan makin merisaukan rakyat. – 18 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.