SEMBOYAN perang sudah dibunyikan!

Masing-masing sudah tidak pedulikan siasatan polis yang sedang berlangsung.

Mentang-mentang mereka berkuasa. Langsung tidak diendahkan tugas polis yang sedang berusaha menyelesaikan kes video homoseks yang dikait dengan seorang menteri Kabinet.

Itulah yang berlaku dalam PKR ketika ini.

Malah kekacauan dalam kem PKR sehingga kini tidak sampai ke penghujungnya, malah masing-masing dilihat menuding jari antara satu sama lain.

Walaupun secara jelas tidak ada sebarang pertikaman antara Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pegawai masing-masing mengambil alih ‘tugasan’ itu.

Serangan dimulakan oleh pegawai kepada presiden PKR yang bertindak menghentam Azmin.

Setiausaha politik terbabit mendakwa sekiranya pemimpin itu didapati bersalah dia harus meletakkan jawatan tersebut dengan segera.

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sebelum ini dikatakan antara dalang di sebalik penyebaran video rakaman seks songsang itu.

Malah ketika negara hangat dengan rakaman itu, Farhash adalah antara individu yang menghilangkan diri dan tidak memberikan sebarang respon berkenaan ini.

Walau bagaimanapun dia menafikan keterlibatan dirinya di dalam konspirasi berkenaan.

Namun dia ketika dihubungi oleh media, tanpa berselindung terus meminta untuk menteri hal ehwal ekonomi itu untuk meletakkan jawatan sekiranya didapati bersalah.

“Azmin harus letak jawatan jika bersalah,” kata Farhash.

Tambah Farhash kedudukannya sebagai pegawai Anwar antara faktor utama namanya disebut sebagai konspirasi itu.

Malah dia turut berkata bahawa drama menuding jari itu akan berterusan dalam PKR kerana tidak pihak yang mengakui terlibat dengan rakaman terbabit.

“Saya adalah setiausaha politik Anwar jadi mudah untuk orang berfikiran cetek membuat kenyataan tak berasas,” katanya.

Farhash juga turut menafikan dia ada bertemu dengan Haziq di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika Angkatan Muda Keadilan Santubong ketika menunggu penerbangan ke Manila.

Namun kehilangan Farhash ini agak menghairankan kerana dia menghilangkan diri sebaik sahaja berlaku insiden pergaduhan di pejabat Anwar tempoh hari ini.

Walaupun laporan polis telah dilakukan namun setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Insiden pergaduhan yang melibatkan bekas penyelidik Anwar dan seorang pengerusi perhubungan negeri PKR di utara tanah air itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan rakaman video luar tabii tersebut.

Kem Azmin tidak menunggu lama untuk membalas serangan Anwar.

Pegawai yang merupakan penasihat kepada Azmin mendesak Presiden PKR untuk mengambil tindakan terhadap Haziq.

Kata Khalid Jaafar, sekiranya parti terutama pucuk pimpinan tidak bertegas dengan Haziq ianya bermakna parti itu dipimpin oleh ketua yang gagal.

Malah tindakan Haziq yang menuduh Azmin di dalam video songsang itu adalah melampau kerana tindakan itu adalah memalukan parti, ujar Khalid.

“Ketiadaan tindakan dari PKR kepada ketua pemuda cabang Santubong itu akan mencemarkan nama PKR di mata orang Melayu dan Islam,” katanya.

Rakaman video seks songsang viral di Whatapps beberapa hari lalu turut diperkatakan sehingga kini.

Malah tidak sampai sehari rakaman itu muncul, Haziq yang juga merupakan pegawai kepada Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin mengakui bahawa dia adalah pelaku di dalam rakaman terbabit.

Haziq mendedahkan pasangan dalam video itu adalah Azmin tetapi pemimpin tersebut menafikannya. – NTHQiBord, 18 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.