ISU hutang negara akhir-akhirnya antara yang hangat diperkatakan selain isu video seks.

Selain pemimpin, komen daripada netizen tidak kurang menariknya. Komen ini diluahkan dalam facebook rasmi Najib Razak.

Antara komen yang paling menarik termasuklah daripada Ramlan Husin yang berkongsi suatu cerita lama, tapi masih sesuai untuk direnungi dalam isu hutang negara hari ini.

APA YG KITA BOLEH PELAJARI DARI ROMPAKAN BANK INI?

Dalam satu rompakan di Zimbabwe, perompak menjerit.

“Jangan bergerak, duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan. Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu”

Semua orang meniarap dengan ketenangan.

[Ini dipanggil “Mind Changing Concept” . Mengubah cara pemikiran yg konventional. ]

Tiba-tiba ada seorang perempuan yang mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya : “Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!”

[Ini di panggil “Being Professional” Hanya fokus perkara yang kita pakar dan terlatih.]

Apabila semua perompak balik ke rumah, seorang perompak yang lebih muda (Degree) memberitahu kepada yang perompak yang lebih tua (yang hanya belajar sehingga darjah 6): Abang besar, ayuh kita kira berapa banyak kita dapat hari ini.”

Perompak senior itu menolak dan berkata: “Kau memang bodoh. Terlalu banyak duit yang kita rompak, nanti mengambil masa yang lama untuk mengira. Malam ini saluran berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!’

[Ini di panggil “Experience.” Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas!]

Sementara itu di bank, selepas perompak meninggalkan bank, pengurus bank memberitahu bank supervisor agar report polis dengan segera. Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank: “Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yang kita songlap sebelum ini dari bank”.

[Ini di panggil “Swim with the tide.” Menukar masalah yang dihadapi kepada kelebihan diri!]

Supervisor itu menambah: Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan.”

[Ini di panggil “Killing Boredom.” Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja.]

Keesokan harinya, berita tv melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak. Perompak bank mengira berkali-kali sehingga berdarah hidung untuk memastikan jumlahnya tepat, tapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya $100 juta.

Perompak-pereompak berasa sangat marah dan berkata : “Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta. Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta. Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!”

[Ini dipanggil “Knowledge is worth as much as gold!”]

Pengurus bank tersenyum gembira kerana kehilangan ‘share market’ mereka di tutupi dengan kes rompakan.

[Ini dipanggil “Seizing the opportunity.” Berani mengambil risiko!]

Jadi siapa perompak yg sebenarnya ?

Hutang negara 686 bilion, Umum kat awam 1 trilion

Cerita lama, tapi masih menarik untuk dikongsi

Izan Wahab pula memberi komen:

2023 PRU15 kalau 2024 nak bayar dah tentu la BN yang jadi mangsa… kerja kerajaan sekarang buat hutang serta kumpul harta selama lima tahun untuk hidup senang tujuh keturunan dorang…

Dom King pula mencatat:

Minta YDPA lakukan sesuatu sebelum negara kita Malaysia BANKRAP. Bubarkan palimen. Pilih kerajaan baru.

Kerajaan PH-DAP tersangat lemah menguruskan hal ehwal dan ekonomi negara. Banyak sangat kewayangan.

Sesebuah kerajaan yang dibentuk dengan cara fitnah dan pembohongan tidak akan bertahan lama. Sekalian rakyat tidak akan merestui kerajaan sebegitu.

Thanks for sharing info dato seri.

Banyak komen netizen tentang hal hutang negara ini. Mereka mula sedar bahawa kegagalan kerajaan DAP-PH sekarang dalam memulihkan ekonomi Negara.

Malah mereka juga sedar bahawa kerajaan sekarang jauh lebih teruk berbanding kerajaan terdahulu. – 18 Jun 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.