BOLEH dikatakan karier politik Datuk Seri Azmin Ali ibarat telur di hujung tanduk angkara pengakuan gila Haziq Abdullah Abdul Aziz tentang perbuatan homoseks antara mereka berdua.

Jika ‘survive’ pun, imej Azmin mungkin tidak sebersih dulu. Ada persepsi buruk terpahat di dahinya setiap kali rakyat melihat wajahnya.

Itu kisah Azmin. Biar saja polis menyiasat dan terserah kepada kebijaksanaan Tun Mahathir Mohamad untuk mengatasi isu itu.

Dalam keriuhan di kedai kopi membincangkan isu Azmin-Haziq, DAP dan ‘tali barut’nya, Gerakan sudah mengatur langkah halus untuk menekan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Dalam sehari saja, dua isu melibatkan Kementerian Pendidikan dibangkitkan oleh kedua-dua parti Cina itu.

Timbalan Maszlee sendiri, Teo Nie Ching sendiri ‘menikam’ Ahli Parlimen Simpang Renggam itu apabila menaikkan status dalam Facebook tentang hasrat kementerian untuk tubuh pasukan khas teliti subjek pendidikan Islam.

Lepas dikecam, Nie Ching padam status. Hebat permainan Bangsa DAP ini. Usik sikit-sikit untuk tengok reaksi orang Melayu Islam yang tengah sibuk isu panas Azmin.

Hari yang sama juga, Parti Gerakan menerusi Presidennya, Dr. Dominic Lau Hoe Chai tiba-tiba bangkitkan semula isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Dominic kata beliau kecewa dengan Maszlee kerana tangguh hasil kajian pengiktrirafan sijil itu.

Malah secara halus, Dominic beri ‘amaran’ kepada Maszlee agar tidak ulang kesilapan Barisan Nasional (BN) kerana gagal iktiraf sijil berbaur perkauman itu.

Dua isu ini jelas sengaja dibangkitkan untuk beri tekanan kepada Maszlee yang baru menarik nafas lega selepas dihentam teruk DAP kerana kontroversi isu matrikulasi dan syarat penggunaan bahasa Mandarin dalam bidang pekerjaan.

Dalam isu pendidikan Islam, tidak semena-mena Maszlee perlu menjawab isu yang dicetuskan oleh timbalannya sendiri, begitu juga dengan desakan Dominic dalam hal UEC.

Tekanan demi tekanan Maszlee perlu hadapi sejak idea kasut hitamnya. Lebih malang lagi, Maszlee ‘ditikam’ oleh rakan dalam Pakatan Harapan sendiri iaitu Bangsa DAP.

Adakah Maszlee sudah sedar siapa lawan sebenarnya? – NTHQiBord, 18 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.