PANJANG lebar majikan Haziq Abdullah Aziz memberi kenyataan pembelaan terhadap pekerja kesayangannya itu.

Dalam kenyataan media semalam, Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan isu pengakuan Haziq melakukan aksi seks songsang dengan menteri mirip Datuk Seri Azmin Ali.

Tetapi segala penjelasannya hanya menambahkan kekeliruan atau lebih tepat lagi membuka pekung penipuan beberapa pemimpin PKR yang sebelum ini cuba ‘menyerang’ setiausaha sulitnya itu.

Kenyataan Shamsul bahawa Haziq tidak pernah keluar PKR bercanggah dengan dakwaan Rafizi Ramli yang sebelum ini berkata Haziq sudah lama meninggalkan parti tersebut untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Malah Shamsul berkata Haziq pernah buat akuan sumpah bahawa beliau tidak menyertai PBB dan perkara itu diakui oleh Datuk Awang Bujang Awang Antek, Setiausaha Eksekutif PBB Sarawak.

Penjelasan Shamsul juga memalukan dakwaan Zuraida Kamaruddin kononnya Haziq mempunyai hubungan baik dengan pembangkang iaitu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Shamsul menjelaskan bahawa penglibatan beliau dengan Nancy hanyalah sebagai seorang pelatih Perdana Fellow.

Penjelasan paling mengejutkan Shamsul adalah Haziq tidak pernah keluar PKR.

Shamsul berkata Haziq mempunyai sejarah yang agak lama dengan PKR iaitu seawal usia 19 tahun.

Lebih mengejutkan, Haziq pernah menjadi pelatih di Pejabat Menteri Besar Selangor ketika Azmin mentadbir Selangor di bawah seliaan Setiausaha Akhbar Khalid Jaafar dan pelatih di firma Yusmadi & Co.

Jadi ini menimbulkan persoalan adakah benar Azmin hanya kenal Haziq dari jauh? – NTHQiBord, 18 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.