DALAM diam-diam Bangsa DAP buat kerja. Lagi-lagi bila satu Malaysia tengah kecoh pasal isu video homoseks libatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menaikkan status dalam Facebook untuk menyatakan hasrat kementerian itu mewujudkan pasukan petugas khas bagi meneliti isu-isu membabitkan pendidikan Islam.

Dalam hantaran itu, Nie Ching mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk memberi pandangan dan idea kepada Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI).

Ternyata langkah Nie Ching itu mengundang padah apabila netizen mengecam pengumumannya tentang perkara yang melibatkan hal orang Islam itu.

Pengguna Facebook mendesak pemimpin DAP itu menjelaskan motif sebenar di sebalik kewujudan pasukan petugas khas berkenaan yang dilihat seolah-olah mahu mencampuri hal ehwal agama Islam.

Seperti biasa, DAP akan menggunakan taktik pengecut. Nie Ching kemudiannya memadamkan status itu.

Tapi netizen sempat mengambil tangkap layar status berkenaan dan menyebarkannya dalam media sosial.

Ini bukan kali pertama Bangsa DAP cuba mengacau hal ehwal Islam.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen pernah dikecam apabila memberi cadangan supaya guru agama Islam dari Semenanjung tidak dihantar ke negeri tersebut.

Pada 2013, Ahli Parlimen Kampar dari DAP, Dr Ko Chung Sen pula pernah mencadangkan supaya Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) di universiti dihapuskan sebagai subjek wajib.

Tapi Chung Sen menarik balik kenyataan dan memohon maaf dengan menjelaskan bahawa beliau hanya mahu ia ditukar sebagai subjek elektif. – 18 Jun 2019.

1 COMMENT

  1. Apakah tindakan Mazlee dan Yusof Rawa. I will not be surprise both of them are supporting the DAP minister (who is not even qualified enough to get admitted to public university locally and in the U.K). More so with Dr. Yusof Rawa despite his degree in Islamic Study. May Allah show them the right path

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.