KEHANGATAN video rakaman songsang yang memaparkan individu mirip kepada Datuk Seri Azmin Ali terus diperkatakan dalam kalangan pemimpin politik serta masyarakat.

Namun begitu, jawapan yang keluar daripada mulut Azmin sudah dapat dijangka iaitu dengan menindakkan dia adalah pelaku di dalam video songsang itu.

Malah timbalan presiden PKR itu juga setakat ini tidak pernah menamakan mana-mana pihak berkenaan penyebaran rakaman tersebut.

Kerana Azmin menyedari bahawa ketika ini dia mendapat sokongan yang padu daripada Tun Mahathir Mohamad.

Sudah tentu sahaja dia tidak kisah dengan tanggapan mana-mana pihak yang mahu menjatuhkannya.

Perkara itu turut sama dipersetujui oleh bekas pengerusi timbalan pengarah pilihan raya PKR yang turut mengakui Tun Mahathir itu adalah penyelamat kepada Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Hamdan Taha, ketika ini Azmin berhadapan dengan saat getir apabila ada dalam kalangan pemimpin parti dan penyokong yang tidak menyatakan sokongan kepadanya.

“Azmin sedang berhadapan dengan diri dia (keadaan realiti) dengan sokongan penyokong dia semakin kurang…dan bagi saya ‘godfather’ dia adalah Tun Mahathir.

“Dia berharap kepada Tun Mahathir punya tindakan, yang boleh menutup dan bangkitkan semula Azmin”

“Hanyalah Tun ..perkara biasa, Tun Mahathir berkemampuan untuk bunuh Azmin dan hidupkan semua,” katanya ditemui pada sesi wawancara di studio Nothing To Hide, semalam.

Tidak ada sebarang janggalnya dengan perkara ni kerana kita sudah mengetahui bahawa Azmin ini adalah anak emas kepada Ahli Parlimen Langkawi itu.

Cakap-cakap dalam kalangan orang politik juga mengatakan bahawa bekas menteri besar Selangor itu adalah calon perdana menterinya yang seterusnya menggantikan Tun Mahathir.

Jadi sudah tentu sahaja segala kesalahan yang dilakukan Azmin tidak akan diendahkan oleh Tun Mahathir.

Malah beliau juga sedaya upaya akan menutup pekung Azmin untuk memastikan rakyat tidak memandang serong terhadap menteri hal ehwal ekonomi itu.

Tun Mahathir ketika ditanya media berkenaan video seks songsang itu turut mempersoal kesahihan rakaman itu.

“Takkanlah bodoh sampai macam itu, saya tidak fikir (Mohamed Azmin), ini semua agenda politik, kalau tidak boleh lawan orang, janganlah buat macam itu.

“Berpolitik secara bersihlah, kalau nak buat gambar macam itu, tiap hari boleh tunjuk gambar lucah,” jelasnya.

Kesimpulannya, Azmin tidak perlu kisah dengan mana-mana pihak yang hendak menjatuhkan dia.

Tidak hairan berapa siri video rakaman yang dikatakan menyerupainya itu, asalkan ada Tun Mahathir yang sentiasa berada di belakangnya menepis agenda segelintir pihak yang mahu menjatuhkannya. – NTHQiBord, 18 Jun, 2019.

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.