LEPAS pakar forensik digital antarabangsa menyiasat ketulenan video songsang libat Datuk Seri Azmin Ali, barulah pihak berkuasa Malaysia dapatkan bantuan pakar tempatan untuk berbuat perkara yang sama.

Semalam, media Australia SBS News semalam melaporkan pakar forensik mengesahkan bahawa video lucah itu tidak menunjukkan tanda-tanda diubah.

Organisasi itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Azmin ialah pelaku dalam video itu.

Hari ini pula, pihak berkuasa mendapatkan bantuan Cybersecurity Malaysia bagi membantu siasatan terhadap video seks sejenis itu.

Bagaimanapun, syarikat seliaan kementerian Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu enggan mengulas lanjut sama ada mereka diminta menganalisis video itu atau mengesan penyebarnya.

“Kita di Cybersecurity Malaysia ada pakar forensik digital.

“Ada (forensik) audio, video, multimedia, komputer, jadi terpulanglang kepada apa yang pihak berkuasa mahu.

“Saya tak mahu ulas secara terperinci,” kata ketua pegawai eksekutif (CEO) Cybersecurity Malaysia Amirudin Abdul Wahab. – 18 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.