TAK perlu tunggu 24 jam, ‘perang wayang’ antara kem Anwar Ibrahim dan Azmin sudah menunjukkan tanda-tanda akan reda apabila Presiden PKR menarik sudah ‘handbrake’ lebih awal.

Penasihat Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak pada mulanya melancarkan serangan terhadap Azmin apabila mendesak Timbalan Presiden PKR itu meletak jawatan jika terlibat dalam gejala homoseks.

Tapi serangan Farhash dibalas dengan desakan agar PKR mengenakan tindakan tegas ke atas Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku melakukan hubungan songsang itu dengan Azmin.

Desakan dari kem Azmin itu disuarakan oleh Khalid Jaafar yang menyifatkan tuduhan Haziq sebagai melampau dan memalukan parti.

Ketika perang dalaman kem PKR itu baru bermula, Anwar tiba-tiba bertindak menjauhkan diri daripada desakan Farhash, sekali gus meninggalkan ‘komander’ harapannya untuk menyerang Azmin.

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan saudara Farhash Wafa berkenaan isu video serta kedudukan Azmin sebagai timbalan presiden PKR,” demikian kata-kata bakal perdana menteri Malaysia itu.

“Sekali lagi saya menggesa pimpinan dan ahli parti supaya menggunakan saluran yang betul dan menyerahkan tugas siasatan isu ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).”

Rakyat meluat

‘Wayang perang’ antara kedua-dua kem itu mendatangkan rasa meluat dalam kalangan rakyat yang menyifatkan drama PKR itu sebagai satu kegagalan.

“Pementasan drama sebabak diantara boss n su.Scenario yg terlalu menjengkelkan.Selaku pemimpin anda tersangat gagal.Failed,” komen seorang pengguna Facebook bernama Ersyad Mai dalam lamann ‘Bebas Anwar’.

“Dah pecah tembelang ..apa kesudahan nya .rakyat jdi mangsa pemipin berebut jwtan….hancur,” kata seorang lagi netizen, Mohd Bahrudin dalam laman yang sama.

Affendi Ghazali pula dengan komennya dalam Facebook Parti Keadilan Rakyat, berkata, “Bosan sungguh kemelut PKR ni,makin merepek repek,dari anak sampai ke bapak,yg kesiannya Kak Wan.the beginning of the end of PKR, goodbye and don’t ever bother to come back.”

“Haru biru la korang ni. Sekejap shamsul ckp pasal haziq seolah2 haziq tak bersalah lepas tu muncul lak saifuddin lepas tu muncul lak rafizi. Skrg farshah wafa lak… Semua org2 ni dlm group DSAI. Habis tu nak bagi tau kata apa kat ahli kat bawah dan rakyat yg pangkah PH. ,” komen pengguna bernama Azman Mat Jazik. – NTHQiBord, 19 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.