HAZIQ Abdullah Abdul Aziz akhirnya mendedahkan sebab sebenar beliau mengaku melakukan hubungan homoseks dengan individu mirip Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau memberi alasan kononnya bimbang keselamatan dirinya terancam kerana takut dengan tindakan ‘luar batasan’ pihak tertentu.

Haziq juga mengakui sanggup jadi tumpuan kerana tidak mahu menerima nasib seperti Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006.

Pendedahan itu dibuat kepada sebuah akhbar tempatan.

Katanya, pihak berkepentingan tersebut mempunyai kemampuan untuk ‘mendiamkannya’.

Bagaimanapun Haziq tidak menyatakan siapa pihak berkepentingan itu. – 19 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.