PERANG dalam PKR nampaknya tak dapat dibendung lagi.

Hari ini masuk hari kedua kem Anwar Ibrahim dan Azmin Ali berbalas serangan.

Serangan terbaru Zuraida Kamaruddin terhadap kem Anwar nampaknya tidak bertahan lama.

Naib Presiden PKR itu mendesak parti mengambil tindakan tegas ke atas Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana mengaku melakukan kesalahan jenayah homoseks.

Tapi lain pula serangan balas dari kem Anwar.

Kali ini ‘bidak’ khas diturunkan dari utara untuk menyerang Azmin.

Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani menjadikan buku ‘Mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’ sebagai senjata mematahkan serangan Zuraida.

Johari mendakwa ada pihak cuba memburukkan Anwar menerusi buku itu yang didakwa ditulis oleh Yahaya Ismail.

Dalam buku itu juga mempromosikan Azmin sebagai calon PM.

Johari turut menunjukkan halaman buku itu yang tertera tajuk ‘Azmin Ali bakal PM’.

Anwar juga mengesahkan beliau menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000 sekiranya tidak mahu buku itu diterbitkan dan didedahkan kepada umum.

Johari telah membuat laporan polis petang tadi dan beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

‘Senjata buku dan ugutan’ itu digunakan sewaktu Azmin diasak dengan tuduhan skandal seks songsang yang mungkin akan memusnahkan kerjaya politiknya. – 19 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.