TAKTIK untuk menumpaskan sindiket perjudian, dadah dan maksiat sudah ditukar.

Tiada lagi serbuan ke atas pusat-pusat maksiat yang menjadi sarang aktivitu judi haram dan pengedaran dadah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mahu menjadikan operator atau dalang sindiket jenayah tersebut sebagai sasaran.

Itu ikrar Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam membanteras jenayah judi, dadah dan maksiat.

“Saya dah bagi arahan kepada pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

“Saya nak hentikan operasi polis yang menyerbu premis maksiat di mana dadah mudah dijual di pusat maksiat judi.

“(Langkah ini) supaya penekanan diberikan kepada operator, bukan lagi kepada pengunjung-pengunjung yang dibawa naik dalam trak polis.

“Saya nak tauke (sindiket) ditangkap, amaran saya ni memang tak popular, bukan dalam kalangan polis, tetapi dalam kalangan operator ini,” katanya. – NTHQiBord, 19 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.