HASRAT Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan berkenaan mata pelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah adalah satu usaha yang murni, kata bekas ketua pengarah Matrikulasi.

Sukor Beram berkata ianya adalah bertepatan memandangkan melalui langkah itu ianya akan menyemak kembali pembaharuan terhadap subjek berkenaan agar sejajar dengan perkembangan semasa.

Namun begitu, sekiranya penubuhan pasukan khas itu disertai oleh orang bukan Islam ianya akan memberi kekeliruan berkenaan pelaksanaan subjek tersebut.

“Memang matlamat bagus, kita tak nafikan..memang sampai masanya kita kena lihat semula dari segi kandungan dan konteks sukatan matapelajaran.

“Tapi sewajarnya mereka yang terlibat itu  adalah orang yang pakar dalam bidang berkenaan.

“Sebab bila ada campur tangan dengan semua agama dan bangsa untuk membincangkan perkara ini…maknanya akan berlaku caca marba,” katanya ditemui pada sesi wawancara di studio Nothing To Hide, semalam.

Menurut Shukor, kewujudan pasukan khas ini yang turut sama disertai oleh orang bukan Islam ini nescaya akan menganggu hasrat utama penubuhannya.

Keadaan ini berlaku disebabkan mereka ini tidak tahu berkenaan ajaran sebenar agama Islam, ujarnya.

Tambah Shukor, disebabkan ini tujuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menambah baik mata pelajaran ini sudah tentu tidak mencapai ke arah tujuan sebenar.

“Sebab kita hendak meraikan semua pandangan semua pandangan yang dikemukakan oleh semua panel yang diplih.

“Tapi yang menjadi kerisauan adalah sekiranya terpesong dari segi konteks dan kandungan maka sukatan yang kita hasrtkan itu..konteks Islam yang sebenarnya itu akan lari,” ujarnya.

Semalam, timbalan menteri pendidikan melalui perkongsian di ruangan hantaran di Facebooknya mengajak orang awam tanpa mengira agama dan bangsa untuk memberi pendapat mengenai kajian silibus mata pelajaran Pendidikan Islam.

Namun Teo Nie Ching kemudiannya memadam hantaran berkenaan selepas dikecam oleh netizen.

Malah rata-rata warga maya turut mempersoal kewajaran pemimpin DAP itu yang mengajak orang bukan Islam berbincang berkenaan mata pelajaran Pendidikan Islam. – NTHQiBord, 19 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.