ISU ‘Melayu sampah’ timbul gara-gara seorang operator dipercayai berbangsa Melayu tidur ketika bertugas.

Disebabkan penghinaan itu, pekerja Melayu bertindak membantah di lukar kilang Jinko Solar, Perai semalam.

Namun bantahan mereka terhadap penghinaan kepada orang Melayu tidak mendapat perhatian sewajarnya apabila Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy sendiri menyalahkan pekerja Melayu kerana menjadi ‘pencetus’ rusuhan itu.

Ramasamy berkata, beliau dimaklumkan pihak pengurusan tertinggi kilang pembuatan solar panel itu bahawa gelaran ‘sampah’ itu ditujukan kepada operator yang didapati tidur ketika bertugas.

Nampaknya, Ramasamy cuba mengelak daripada isu sebenar yang menjadi punca hingga mengakibatkan 200 pekerja berkumpul di luar kilang terbabit.

Yang berlaku ialah para pekerja bertindak merusuh selepas tersebarnya mesej perbualan dalaman WhatsApp yang menggelarkan mereka sebagai “sampah”.

Jika benar sekalipun ada pekerja kilang yang tidur pada waktu bekerja, pihak pengurusan kilang tidak berhak menggelarkan pekerja itu sebagai “sampah”.

Pihak pengurusan sepatutnya memberi notis amaran atau perihal yang tertakluk dalam undang-undang kecil pekerja di kilang solar tersebut.

Berita berkaitan: Melayu sampah? Apa sebenarnya berlaku di kilang Jinko Solar?

Ramasamy juga langsung tidak menyebut tentang mesej WhatsApp yang turut menyatakan bahawa sejumlah pekerja daripada Indonesia yang mahu dibawa masuk.

Mesej itu menyatakan pekerja Indonesia itu tidak dapat dibawa masuk selagi “sampah” tidak dibuang.

Berdasarkan jumlah bakal pekerja Indonesia itu agak ramai, berkemungkinan ramai lagi “sampah” akan dicarikan kesalahan mereka sebagai alasan untuk dibuang.

Sepatutnya, Ramasamy bertindak mempertahankan peluang bekerja kepada warga tempatan. Nampaknya, beliau lebih memihak kepada kilang terbabit serta mengutamakan pekerjaan kepada warga asing.

Jelas sekali, Ramasamy tidak berminat untuk membela warga tempatan khususnya orang Melayu.

Kejadian ini diharap menyedarkan kaum “sampah” tentang kedudukan mereka di mata DAP. Usah tertipu dengan segala janji manis dan lakonan DAP yang berbuat apa sahaja hatta menjadi “amil zakat”.

Habis madu sepah dibuang. Mereka hanya mahukan undi Melayu, selepas mendapat kuasa, anda hanyalah “sampah”. – 19 Jun 2019

2 COMMENTS

  1. Adakah kita harapkan DAP Ramasamy mempertahankan nasib pekerja Melayu di kilang itu atau dimana-mana pun? Semestinya tidak. Ramasamy berkemungkinan akan memperjuangkan nasib seekor lembu jika kebajikan lembu tidak dijaga dari nasib pekerja/orang Melayu..Seperti nasihat orang Melayu dahulu kala, kalau antara ular dan bangsa koling menceroboh, bunuh bangsa koling itu dahulu…menggambarkan betapa bahayanya bangsa ini…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.