PEPATAH Melayu mengatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Mungkin pepatah Melayu itu sesuai ditujukan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai daripada DAP dikecam warga netizen ekoran tindakannya mempelawa bukan Islam memberi cadangan dalam penambahbaikan mata pelajaran agama Islam sekolah kebangsaan.

Walaupun entri tersebut telah dipadam kemudiannya, tetapi ramai yang telah tangkap layar kenyataan itu kerana merasakan tindakan Nie Ching cuba mencampuri urusan umat Islam.

Antara komen netizen termasuklah;

Iced Milo: Daripada kau kaji silibus pendidikan Islam tu, baik kau kaji kenapa cina2 kat malaysia ni tak boleh bercakap dalam bahasa kebangsaan… what a joke!

Amirah Sabirah: Why don’t you check the syllabus on Chinese schools as well.. are they really helping us to maintain unity and integration in Malaysia? Do vernacular schools still relevant in Malaysia? For all I know, all they teach there makes Chinese more ‘chinese’,instead of embracing Malaysian culture and values..how can we end the racism if they can’t even speak the national language? Or another option, why don’t we make Malay, Chinese and Tamil compulsory for all to learn in national schools? Therefore, there won’t be an issue if we abolish vernacular schools…language is the most essential element that can bridge the gaps between races…I hope I haven’t offended anyone, this is the only medium that I can channel my thoughts to our education minister, thanks for your effort in improving the education system in Malaysia..

Danial A. Shaari: Tiada siapa yang pertikai objektif PKKPI tu YB. Orang pertikai kenapa nak jemput orang, kumpulan atau institusi bukan Islam dengan istilah tanpa mengira agama yang boleh juga termasuk penyebar dan pemikir ajaran sesat untuk beri pandangan dan maklum balas. Jangan cuba putar belit YB.

Hazwan Mohamad: Apa benda kamu merepek ni Teo Nie Ching (念群)? siapa yang pertikai PKKPI! Nak pusing pun beragak lah. Damaged has been done! You mengaku salah sahaja lah pergi tulis jemput semua orang termasuk ‘bukan Islam’ untuk beri maklum balas tu! Jangan putar belit boleh?

Muhammad Syimir: Apa kata yb jemput semua orang lak tak kira bangsa & agama bagi cadangan penambahbaikan silibus di sekolah vernakular, baru lah Malaysia baru..

Mawar Rafidah: Satu je nak tanya… Apasal timbalan lebih-lebih daripada menteri. Balik-balik timbalan je yang bersuara. Sampai bab Pendidikan Islam pun yang bukan Islam nak masuk campur. Mana suara Maszlee? Ke dok pikir nak tukar warna bas sekolah pulak?

Selain warga netizen, Che Gu Bard turut menegur ketelanjuran rakannya dalam Pakatan Harapan itu.

“Benda-benda cuai macam ini lah yang membuat orang Melayu dan Islam resah. Pengumuman untuk kaji Pendidikan Islam di Malaysia dibuat oleh Menteri bukan Islam dan tanpa menhormati sensitiviti. Dia turut umumkan menjemput bukan Islam untuk memberi cadangan.”

“Harap kerajaan lebih sensitif dan belajar mengendalikan kepelbagaian kaum dan agama dalam harmoni dan saling menghormati serta memahami.” – 19 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.