PARTI politik lain mungkin akan memberi peluang kedua buat pemimpin yang tidak ada moral, tetapi tidak bagi PAS.

Ketegasan itu disuarakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan moral yang baik adalah kekuatan teras parti Islam dan ia tidak boleh dirunding.

Selain itu, beliau juga tidak takut untuk menolak pemimpin yang ada masalah moraliti dan menegaskan seorang pemimpin perlu memberi contoh yang baik, bukan perbuatan yang menyamai masyarakat jahiliah.

“Sekiranya ahli Parti PAS terlibat dengan kegiatan tidak bermoral…saya akan letak jawatan saya dan bubar sahaja parti…,” kata Hadi.

Hadi mengulas mengenai kontroversi video homoseks yang tular mirip seorang menteri namun tidak menyebut sesiapa dalam ucapannya di Dewan Pemuda PAS Muktamar di Kuantan hari ini.

Penularan video seks songsang mirip menteri Kabinet dari PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengegarkan seluruh negara apabila pasangannya, Haziq Abdullah Abdul Aziz turut membuat pengakuan secara terbuka tentang perbuatan homoseksnya itu. – 20 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.