DAP ajak PKR buat reformasi kedua melawan Tun Mahathir?

DAP ragui komitmen Tun Mahathir ke atas peralihan kuasa?

DAP kaitkan geng Tun Mahathir dalam isu video seks Azmin?

INILAH tiga pertanyaan utama yang terlintas dalam fikiran bila membaca tulisan Dr P Ramasamy, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang dan ADUN Perai bertajuk “PKR Leaders Need To Dismount From The Tiger” dalam sebuah portal tempatan.

1. “Apakah pengeluaran video ini dimatlamat untuk memastikan bahawa tiada pemimpin PKR boleh mengambil alih jawatan perdana menteri dari penyandang sekarang Dr Mahathir Mohamad?”

2. “Episod video seks mungkin bukan hanya satu perkara sesama parti seperti dipercayai ramai, tetapi satu rangkaian lebih jahat yang cuba secara rahsia menamatkan babak politik dominasi PKR dalam Pakatan Harapan.”

3. “Apa cara lain untuk memastikan bahawa kuasa politik kekal dalam tangan tenaga Melayu konservatif berbanding dengan pemimpin Melayu dalam PKR, tanpa mengira sama ada ia adalah Anwar atau Azmin.”

4. “Menyusuli pilihan raya umum lalu, pelbagai langkah oleh Mahathir memberi kepercayaan kepada fakta bahawa di sebalik perjanjian peralihan kuasa, terdapat perkembangan sebenar yang boleh menjejaskan persetujuan ini.”

5. “Beberapa tindakan oleh Mahathir dalam beberapa bulan lepas, termasuk pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua SPRM, adalah tanda jelas mengenai halangan yang merintangi Anwar menjadi perdana menteri.”

6. “Pengeluaran video seks adalah satu manifestasi kepada cubaan berterusan untuk bukan sahaja menggambarkan Azmin sebagai teruk, tetapi untuk melukis satu gambar lebih besar bahawa pemimpin PKR adalah tidak berkemampuan untuk mentadbir negara.”

7. “Perjanjian peralihan kuasa bukan sesuatu yang pasti. Mengetahui Mahathir dan cara bertentangan beliau, tiada yang boleh diambil mudah. Anwar tidak akan pasti bahawa beliau akan menjadi perdana menteri sehingga beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong.”

8. “Saya percaya video seks adalah satu penerusan kepada espisod lebih awal bagi memastikan bahawa pemimpin PKR akan diketepikan dari menerajui negara kita.”

9. “Malangnya, penerima faedah daripada pilihan raya umum lalu bukan dalam PKR, tetapi dalam parti lain yang menyambar agenda perubahan pada saat akhir untuk menyingkirkan seorang individu. Memalukan.”

10. “Belum terlalu lambat. Ahli PKR mesti lupakan mengenai video dan bergabung tenaga dengan parti bersaudara untuk mengatur semula jalan politik negara ini. Kamu boleh panggil ia reformasi kedua!) .”

Nota: Tajuk tulisan Dr P Ramasamy, “PKR Leaders Need To Dismount From The Tiger”, boleh sahaja diterjemahkan sebagai “Pemimpin PKR Perlu Turun Dari Harimau” dengan konotasi bahawa pemimpin PKR sekarang ini sedang menunggang seekor harimau. – 20 Jun 2019.

DR KAMARUL YUSOFF
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.