GESAAN Naib Ketua AMK, Nazree Yunus agar pelaku gejala seks songsang, Haziq Abdullah Abdul Aziz tidak disahut kepimpinan PKR.

Ini kerana Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail menyatakan pendirian parti yang tidak bersetuju untuk memecat Haziq serta merta walaupun terlibat dalam aktviti tidak bermoral.

Sebaliknya, Saifuddin menasihati Nazree untuk menghormati keputusan Lembaga Disiplin PKR bahawa Haziq hanya perlu diberi surat tunjuk sebab.

Malah Saifuddin memberi amaran kepada mana-mana ahli yang mempertikaikan keputusan mesyuarat parti akan dikenakan tindakan.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Industri Utama menamatkan kontrak perkhidmatan Haziq berkuatkuasa 18 Jun selepas beliau mengaku melakukan hubungan songsang dengan menteri mirip Datuk Seri Azmin Ali.

Sebelum ini Haziq hanya digantung tugas sebagai setiausaha sulit kanan kepada timbalan menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

“Pihak kementerian memandang perkara tersebut sebagai satu pelanggaran nilai, etika dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa termasuk Perintah Am serta Perjanjian Kontrak.

“Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil langkah menamatkan kontrak perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 18 Jun 2019,” kata kementerian itu hari ini. – 20 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.